10 Jul 2011

KL

KL
kuala lumpur
selalu kotor,sentiasa kotor

KL
kamu nak protes, sila protes
tapi awas, kamu akan diproses

KL
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu [altimet ft noh]

Perhimpunan Bersih
hari itu dalam sejarah
2007 tahun bukan hijrah

Perhimpunan Bersih
hari ini dalam sejarah
kau masih 'haram jadah'

kalau aku,
ditanya pendapat aku?
memang...betullah tu.
perhimpunan ini menyusahkan
anak2 dan ibubapa bangsa melayu.

memang, ape nak jadi ngan orang kita
ulang cerita berita ketawa duka
ah-ha, bersumber tv satu, dua dan tiga
media media prima cengkerama.

betullah, bersih hari ini menyusahkan
tapi, tiada bersih sebelum ini adakah yang ada menyenangkan?
subsidi, royalti,
beras, gula dan roti.

alahai brade, gula setakat naik seposen dua pon nak berkira.
eh eh, memang aku tak penah berkira, gaji aku banyak, aku mampu beli gula
walau naik 15kali harganya di pasaran dunia.
gua memang takdehal, tapi...
ah-ha mari kite gelakkan nelayan itu, pengawal keselamatan itu,
mari kita hina mereka peladang, petani itu.
gula kurang tiga hengget pon nak beli tak mampu...
baik makan gula-gula je la weh.

weh weh aku, cakap jangan lebih lajak dari laju.
lu sapa, apa lu punya baju.
oh oh, aku tiada sapa.
gaji aku pon kerajaan baya.

haaa, tau pon. tak reti nak terima kasih kat kerajaan.
sedar la diri tu sikit.

tapi kan, tapikan...duit yang dibayar tu dari cukai.
cukai rakyat. cukai tu, tu dia yang hina dina tadi tu
yang muke sememeh tangkap ikan, yang mengawal jalanan.
itu itu, duit diorang tu, bukan duit diorang je
duit mak bapak atuk nenek diorang jugak tu.
diorang yang bayar tu,
putrajaya nan indah pon tak penah pegi tu
ape lagi nak injak ke mahligai
50juta setahun bil air api nyer...

isunya bukan nak sokong perhimpunan bersih.
tapi komplen pasal melayu akan dipijak oleh bangsa lain
lu kalau takmo kene pijak, lu jadila hebat.
7pagi dah punch in mapley dah.
dok ulas politik, agama, sukan, hiburan segala macam.
cakap deras, komplen roti tak cukup gula, kuah kurang garam.
mau bangsa sendiri maju,
diri sendiri macam tak berbaju.
tu dia, pitching anak menyanyi, sedikit lari
itu yang dia risau tiap hari.

yeay, da masok 10julai
bla la lu bersih.
da abes da waktu keramatmu.

Tiada ulasan: