sedikit perbualan
sedikit nur rembulan
sedikit oksigen
untuk pernafasan.
sedikit saje lagi, siaplah.
jomlah-jomlah.
aku tau ape yang kau mahukan.
sedikit cadangan dari
mulut yang kelancangan
bukan?...
[aku]
kau akan berkata apa saja
kau akan cuba apa saja
untuk sedikit perbualan yang tak bermakna
dan tiada signifikan ini.
aku tahu sudah, resam dihatimu.
[kamu]
nampaknya dah ade yang memahami hati
kau yang tak bisa dirungkaikan.
wah wah, sapekah?...
it's warm, comfortable feeling kunun.
[aku]
hah, itulah. tapi setakat itu sahaja
perasaan dan kegirangan seadanya
selebihnya tak mampu.
[kamu]
comfortable feeling...
bermakna
perbincangan intelektual
dan sembang-sembang emosional
seimbang antara kau dan dia bukan?
so, ape lagi mahu tunggu.
itu yang kau cari selama ini
itu yang kau temui ketika ini
mahu perkara sama
terjadi tragedi, lagi dan lagi.
hah?!!!!ape yang kau tunggu?
dari sudut mane yang kau tak mampu?
[aku]
shhhh. tak perlu suara itu tonanya tinggi.
jangan sembang lebat sangat.
kau berbual seperti tahu aku punya hal.
aku punya fasal dan pasal.
shhhh. aku tak pasti
aku rasa dijantung hati, aku rasa
aku rasa riang disini, aku rasa
aku rasa senyuman ini, aku rasa
itu aku rasa.
dan yang sebenarnya
sebenar-benarnya.
sebelum kau tanya 'kau ade tanya dia?'
aku nak jawab awal-awal 'aku tak tanya dia'
[kamu]
why can’t you just love her?
why be such a monster?
u bully from a distance
ur brain needs some assistance
[aku]
why can’t you just love me?
why be such a female monster?
u bully me from a distance
my brain needs ur assistance.
[kamu]
sebab aku makwe orang.
kau tak paham bahasa ke?
maaflah aku tak reti nak buat formula
supaya kau mengerti apa maksud 'orang tak suka'
i'll take back all the things that i said
i didn't realise i was always talking to the living dead
dan aku taknak kau fikir aku ambik tahu
hal dan fasal dan pasal kau.
aku dah tak kesah, aku tak kesah dan takkan kesah.
[aku]
(ade aku kesah kau tak kesah...dalam ati jek, dikhuatiri dapat pelempang)
kau akan berkata apa saja
kau akan cuba apa saja
untuk sedikit perbualan yang tak bermakna
dan tiada signifikan ini.
aku tahu sudah, resam dihatimu.
alasannya sama saja.
kau dan dia, latar yang tidak berbeza
situasi tidak sama,
namun alasannya sama
[kamu]
dia makwe orang...kan.
[aku]
pandainyieeer.
------------------------------------------------
sedikit perbualan
melerai tidak, kekusutan
terbongkar jugak, segala itu
segala yang seketika,
tidak semua.
sedikit perbualan
banyak perkhabaran
aku tetaplah seorang
dan kamu tetaplah makwe orang.
------------------------------------------------
[kamu]
seperti salah satu dari postulat Euclid
yang menyatakan dua garisan lurus yang selari
takkan bersilang. dalam bahasa biasa
dua garisan itu takkan bertemu.
seperti mana yang kau definisikan
aku dan kau dahulu
kita dua umapam
dua garis lurus yang selari,
sebelah menyebelahi,
seharusnya kita tidak berkelahi.
harus saling menyalingi.
tapi yang selalu terjadi, kita berkelahi.
kau kata kita selari takkan bersilang.
apa logik akal? apa rasional?
kau kan ahli matematik yang kununnya
tak malu mengaku ahli sedang ilmu tidak setara mana.
[aku]
duhai garisan lurus yang lara
yang punya wajah yang lawa
aku tidak menipu, cuma kita
kehidupan kita berubah jua
ilmu itu kalau tidak berubah, berkembang pula.
postulat itu orang ade hujahnya
untuk menidakkan bahawa
dua garis lurus yang selari
akan bertemu di satu titik ideal.
aku difinisikan kita sebagai
dua garis lurus yang selari,
ya aku akui.
tpi tidak berdasarkan dan bersandarkan
logika postulat pada geometri euclid.
dinamakan geometri non-euclid.
ahhh, maaf, ape aku mencarut nih.
tak mengapa.
perbualan kita memang harus berakhir begini.
kita dua garis lurus selari
akan bertemu dititik ideal itu.
bertemu untuk ditakdirkan beradu
atau hanya jodoh yang tuhan telah tentu.
aku berdoa untuk takdir yang kedua itu.
jangan masam-cuka lagi kamu,
mari kuntumkan seperti senyummu selalu
aku suka tengok. (^_^)
2 ulasan:
ntah nape aku bace post nie dgn nada rapping.. wa a au..wa a au..yo yo..hehe sampai aku pening sendiri..
yo yo, wa malik lu flizzow yo.
pengaruh dvd btol la d'putet wala suntet nih. yo yo.
Catat Ulasan