pepatah melayu lama: berkawan bia beribu, berkasih biar satu
pepatah melayu moden: berkawan beribu-ribu, yang ikhlas mungkin satu
bahasa melayu itu indah
walaupun hanya meminjam
dan menokok tambah
namun indah tetap indah
kawan itu boleh diungkap dengan perkataan lain
semahunya seperti sahabat, rakan, akrab, teman
dan seterusnya...
pada usia sekitar 20 atau 21 rasenya
aku pertama kali terjumpa pesanan berikut:
Sabda Rasulullah s.a.w :
“seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.)
aku cuba mendapatkan maksud yang tersirat daripada
beberapa orang yang aku rasa mereka adalah ahlinya
namun disebabkan aku terlalu ramai kawan
aku rasa tak selesa dan tak bersetuju mulanya...
namun ada kebenaran kata2 mereka itu...
aku berkawan tak tentu hala
tak tentu usia, tak kenal baik buruknya
lelaki perempuan lelawan
muda tua laki bini orang
nerd, taiko, samseng, tabligh, ustaz,
ahli politik, ahli akademik, ahli musik
dan setelah beberapa tahun menyusuri
lembah dan denai hidup berkawan
memang banyak jenis kawan
tolong kawan, tipu kawan,
makan ngan kawan dan makan kawan
tapi aku mmg sayang sume kawan2
hee
“seseorang itu berada di atas agama kawannya”
mulanya aku ingatkan kalau kita baik,
maka adalah disebabkan kawan kita
so kalau kita berlaku jahat,
maka kesalahannya adalah pada kawan kita juga
namun ianya adalah sangat tak adil begitu, kenapa
pula kawan kita yang salah kalau kita jahat?...
dan kenapa pula kawan kita pula yang dapat nama jika kita berlaku baik?...
apa yang aku faham kini ialah...
emm, mahu diterangkan sebagai satu jalan cerita:
misalkan aku merasakan aku seorang yang baik
dan berkawan dengan seorang yang buruk akhlak
dalam hatiku berniat untuk mengubahnya,
mendidiknya kearah kebaikan
namun jika sekian lama sipolan yang buruk akhlak itu masih tidak berubah langsung
maka akulah yang telah berubah...
bukan dia yang jadi baik,
namun aku yang perlahan2 jadi buruk akhlak
begitu juga jika aku rasakan hidupku tragis dan tidak gembira,
dan inginkan kegembiraan dengan menumpang
kepada kehidupan manusia lain yang lebih selesa...
jika sekian masanya aku masih tidak gembira dan masih merasa sengsara,
secara tak langsung aku mempengaruhi kehidupan orang lain
yang gembira supaya jadi macam aku....mengundang sedih perih
so, “seseorang itu berada di atas agama kawannya”
bukanlah sekadar satu hala,
malah melibatkan kedua2 pihak...
dan tidak tertakluk pada urusan agama sahaja....
anyway agama itu adalah kehidupan...
untuk orang yang memilih untuk hidup beragama...
ape implikasinya?...
apakah natijah jika salah memilih kawan2?...
bukan sahaja sedih kecewa didunia,
malah sesalan selamanya di akhirat sana...
"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!". ( al-furqan, 28)
ps: puisi kat bawah ni aku copy paste dari someone else, xtow sumber asal karya sape...
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita .
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan
Kerana dia juga seorang manusia;
Dia juga ada rasa takut,ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelamahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik ketenangannya ,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
Kita tidak tahu…
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
Mungkin kita akan tahu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan