13 Jul 2011

sisipan #10 : Qira at

alhamdulillah,
dah dapat surat ujrah.
tawaran 1%, yakni sistem upah
oh ptptn, duit aku gune nak sara ijazah.

dalam kelam kabut
nak setelkan borang tersebut.
bnyk dokumen perlukan pengesahan
perlu disahkan
perlukan saksi dan kesaksian
dan tika itu, aku melangkah
kearah bilik seorang pensyarah
juga boleh dikatakan pendakwah.

pensyarah wanita ini, lewat 50an
same satu kampung,
dia kenal ak, aku tak kenal dia
dia tau nama aku, aku cuma pernah lihat dia sekali sekala
namun jodoh allah pertemu aku dia disini
ditempat kerja.

aku perlukan pengesahan utk salinan IC
lalu mintak tolong kat dia pagi tadi.
assalamualaikum.
masuk je bilik dia, ade sorg lagi manusia
sorg student perempuan yg juga aku kenal.
sedang duduk dihadapan sebuah buku
yang juga buku itu aku kenal.

Qira'at.
buku yg aku belajar mase sekolah rendah
buku yg aku gunakan untuk belajar mengaji
belajar kaedah membaca dan mengeja jawi
khas untuk pembacaan al-Quran


Qira'at???
takkan baru nk start.
bia betul budak ni?
namun itulah realitinya.
pensyarah wanita itu yg menjadi sifunya
yang sudi mengajar anak muda itu.


terkilan dan sebak,
dia tak pernah dapat belajar.
tapi ya Allah, kalau orang tu nak
tetap dpt.
dia tak pernah belajar,
tiada peluang belajar,
agama hanya mainan kata-kata
agama hanya apa mak ayah keluarga bicara.
tapi, Allah nak bg idayah kat dia
dia cari juga org yg boleh mengajarnya.


apa yang mampu aku sampaikan padanya
ialah, kamu sangat bertuah.
dapat sesuatu yg mahal, iaitu hidayah.
dan bercerita tentang kisah hidup aku,
aku dapat keputusan yg baik, sgt baik untuk
setiap matapelajaran agama, SPRA, PMR, SPM
aku juga pernah belajar di sekolah agama
tapi, lanjut usia baru nak ada kesedaran bacaaan solat punya makna
alfatihah, iftitah, hari2 pon baca.
tapi...itulah hakikatnya, tk paham sarikata.

damai. semoga damai aku doakan student itu.
dapat didikan agama+ didikan dunia,
tak ramai remaja, 18tahun diasuh oleh
seseorang Prof Madya Dr.
secara one-to-one,face-to-face
kalau ade pon, masih tak ramai yg hargainya.

damai, baguslah. aku suka.
hadiah pagi ini.
aku mintak nak saksikan keajaiban dunia,
Allah bagi tengok secebis damai sejahtera.
Alhamdulillah.
mari setelkan urusan hutang,
semoga hidup kita tidak dibelenggu hutang
yang mencengkam.

(^_^)

Tiada ulasan: