7 Ogo 2012

Contoh Karangan UPSR: Karangan jenis berita.

Peristiwa Di Kedai Basikal Hamed.

26 Ogos, Kuala Sepang - Seorang bapa kepada tiga anak dijumpai tersepit dicelah dedaunan pokok pisang, berhampiran kawasan Felda Semperit disini malam tadi. Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari ponteng solat terawih, dipercayai hilang kawalan terhadap basikal roda tiga milik anak bongsunya itu dan merempuh lori simen yang berhenti ditepi jalan sebelah kedai basikal milik Pak Jawi sebelum menjurus masuk terperosok dikebun pisang tersebut.


Seorang saksi makcik tua, yang rongak empat batang gigi depannya menyatakan bahawa beliau menyaksikan kejadian tersebut dengan perasaan kagum sekali. Makcik tua itu berkata, "Memang dogheh (deras) dio bawak beskal, takdo lampu lak tu...yang makcik kosalkan makcik lupo nak bawak kamera makcik, kalo tak da lamo ado video kek youtube".


Bila ditanya apakah punca berlakunya kemalangan tersebut, pihak pulisi hanya mengesyaki faktor kelalaian. Ini kerana tiada sebarang bukti forensik yang dapat mengaitkan mangsa dengan sebarang motif jenayah. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes naya, namun pihak pulisi tidak menyangkal bahawa niat mangsa pastinya mahu membeli mercun di kedai Hamed,yang terletak berdepan kedai basikal Pak Jawi.

Seorang lagi saksi memberitahu wartawan bahawa mangsa sempat meng'update' status Facebook beliau, dan juga 'tweet' situasi yang dihadapinya. " Saya sempat jugaklah baca dia punya status, ' Ahh, aku eksiden, bodoh punya lori simen, tak nampak aku punya beskal ke?', lebih kurang camtula bunyinya".

Ketua kampung yang kebetulan sedang main meriam buluh pun kaget dengan kejadian tersebut. " Saya punyalah syok nak setting karbait,tiba-tiba....terkejut saya melihat mangsa merangkak keluar dari celahan pokok pisang. Lintang pukang saya lari, terlondeh kain pelikat, ingatkan hantu" .

Manakala ADUN cawangan Sungai Langat pula menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika dijalanraya, lebih-lebih lagi dikala menjelang Aidilfitri. Beliau juga menasihatkan agar penjawat awam dan pesara berjimat cermat dengan duit raya RM500 yang bakal diterima mereka.

Sumber: Berita Gegar Gempita, Tipu sini, tipu sana ms 117


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sebuah catatan lama. [WEDNESDAY, AUGUST 25, 2010]
hampir dua tahun lepas punya karangan.
faktor yg mendorong saya untuk berkongsi entry kali ini
kerana menyedari peperiksaan UPSR semakin hampir.
saya tau pun sbb adik saya kene paksa rela pergi tusyen kesekolah 
pada hari minggu. pastu balik kne pakse rela lagi ngan ibubapanya, 
yakni ibubapa saya jugalah sebenarnya pun.
entry ini berkisar tips menulis karangan jenis berita.

Tips karangan jenis berita.

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3. Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu   berlaku.
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas. Contohnya rujuk berita diatas.



Sekian.
Have Fun?
Okeh. Lagha.
Pi sambung baca Quran.



Tiada ulasan: