"sifat ini yang banyak pada Melayu baru, contohnya
kalau ada satu kereta mereka mahu dua kereta atau
kalau ada kereta kecil mereka mahu kereta besar.
Mereka mahu lebih lagi."
- Profesor Diraja Ungku Aziz, ms7, Mingguan Malaysia 19jun2011 -
sifat ini berkaitan dengan sifat kiasu.
sifat apakah itu?
baik atau buruk untuk Melayu baru?
bacalah sendiri.
apa yang mahu ku utarakan disini
Melayu itu memang takkan cukup dengan apa yg ada.
namun, ada juga aspek positif
untuk perihal 'tak cukup-cukup' ni.
cuma, mungkin masih tidak disedari
ataupun saje buat2 tak sedar.
tak cukup-cukup.
mane cukup setakat 10 orang chemist nak invent vaksin terbaru
mane cukup setakat 10 orang engineer nak buat enjin kereta
mane cukup setakat 10 orang designer nak design carburator
mane cukup setakat 10 orang arkitek nak pastikan keselamatan sebuah flyover
mane cukup setakat 10 orang guru nak didik even sekelas anak bangsa
mane cukup setakat 10 orang ulama nak bela agama
mane cukup setakat 10 orang ahli politik melakar lanskap keadilan dan kebajikan negara
mane cukup setakat 10 orang pakar ekonomi nak menaiktaraf sosio melayu kita
tak cukup-cukup
TAPI...
takkan takde yang cukup kot?
takkan takde?
hoi...takkan takde...
hoi, bisinglah kau. bak kate zizan.
hah, zizan, yela zizan
yg partner ngn johan utk maharaja lawak tuh.
ahha...
kita ade cukup.
cukup 10 orang pelawak untuk buat kita tergelak sepanjang tahun.
cukup 10 orang penyanyi untuk menghibur hati sepanjang hari.
cukup 10 orang hero malaya untuk berlakon berbagai watak dan perwatakan dunia
cukup 10 orang penari untuk kita berkata wow sesama sendiri.
cukup-cukuplah.
dan cukuplah aku membebel dipagi ini.
lagi dan lagi...
hari demi hari...
cukup-cukuplah.
[apa yang ada ini sudah harapan kita - HAMKA]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan