23 Jul 2011

the three musketeer... la sangat.

seminggu lepas, minda terlalu tepu
dengan algoritma-algoritma tertentu.
perlu design yang baru selepas yang baru
masa suntuk untuk merepair apa yg perlu.

supervisor nk present sesuatu dikonferen
konferen yg bakal dihadiri di german.
nazi nazi nazi, bukan lagi nazi
baiki baiki baiki, ramai otai kripto akan hadiri.

'macam mane nih asrap?, skim kite masih tak complete nih...'
'jom ikut saye g German, tiket dlm rm400 je, sempat nk buat passport nih'
'pasal tmpt tido, lepak bilik aku je skali, makan sume siap dah'


-hallamak, ikut hati nak je aku beli tiket skali,
tapi nak wat cane, aku da ade temujanji-
aku da amek seminggu cuti. adoyai nye pon.

"takpelah Dr, nxt time lah, ade mane lagi?"
'bln 12 ni korea, ade brani?...ko jadik author la time tu'
"korea?...mane2lah, asalkan obersea hehe"

hurm, kempunan aku nk g german.
seminggu tuh, makan  minum & tmpt tgglda ade
modal rm400+rm300 cume. tiket & passport.
takpelah,janji harus ditepati.

sabtu, 16julai2011, 9.30pagi, aku gerak kampung bersendiri.
12pm, segamat, sampai umah atuk aku, takde org,senyap sunyi.
hallamak, mcm mane nih, tu la perangai nk dtg umah org tak bg tau.
dekat 2jam jugak aku tungggu, sudahnya aku merayau sekitar kampung.
jeng jeng jeng, merewang plak laki bini ni rupenye,
alhamdulillah aku jumpa. jam 4.30 aku jemput mereka berdua,
membe lame, lame pny membe, lame jgk xjumpa.
yusmawira (my musical soulmate), dan mustafa (intelectual secara general).



kami bertiga saje, dan aku ade ajak beberapa lagi membe
tapi biase lah diusia begini, bnyk lagi yg perlu difikirkan mereka
dari melayan aktiviti yg ingin dilaksanakan; panjat gunung!!!

aktiviti 1: sabtu
[planning, discussing]
'if u fail to plan, u plan to fail'
sesi rounded table bermula pada ptg hari.

sampai ke malam diskas tak habis2, 
sebab tak fokus. biaselah bila da lame tak jumpa
dari cerita biasa2, ke luar biasa.
MLM pon ade, perang monggol pon ade (tapau mmg begitu)
cerita kesufian dan tarikat (yus baru nk berjinak2)
dan aku sebagai pembangkang saje, 
ade je salah org aku nak cantas heheh.
dan larutlah malam itu sampai hampir subuh.

aktiviti 2, ahad pagi.
[sesi rehatkan minda & jiwa]
apekah aktiviti yg
paling sesuai utk tujuan ini???

bgn dalam kol 10 lebih, p beli brg2 keperluan 
utkberkamping pule. [aku sengsorg lak tuh, 
yg dua ekor lagi membuta].
tape tape...hati girang, hati riang, ape ade hal.
lepas zuhor baru la bertolak ke ledang,
dari hidup mewah kepada hidup kunun nak rasa susah
memang susah pon, belum ape2 da kne pau
tiket masok ngn sewa kemah ngn sewa tapak.
cesssss!!!!! kapitalis bak kate tapau.

aktiviti seterusnya:
camping, men unggun api
berbualbicara, hal hidup yg lara
yang tenang dan gembira
kemudian diselangi aktiviti 
mandi manda, minum kupi secawan dua
kdg2 teh-o bertukar selera.
panjat gunung, lalu denai
jumpa biawak besar buaya
selamat tak ketemu rimau hatta ular sawa.
huh, hari-hari yang indah.




13 Jul 2011

sisipan #10 : Qira at

alhamdulillah,
dah dapat surat ujrah.
tawaran 1%, yakni sistem upah
oh ptptn, duit aku gune nak sara ijazah.

dalam kelam kabut
nak setelkan borang tersebut.
bnyk dokumen perlukan pengesahan
perlu disahkan
perlukan saksi dan kesaksian
dan tika itu, aku melangkah
kearah bilik seorang pensyarah
juga boleh dikatakan pendakwah.

pensyarah wanita ini, lewat 50an
same satu kampung,
dia kenal ak, aku tak kenal dia
dia tau nama aku, aku cuma pernah lihat dia sekali sekala
namun jodoh allah pertemu aku dia disini
ditempat kerja.

aku perlukan pengesahan utk salinan IC
lalu mintak tolong kat dia pagi tadi.
assalamualaikum.
masuk je bilik dia, ade sorg lagi manusia
sorg student perempuan yg juga aku kenal.
sedang duduk dihadapan sebuah buku
yang juga buku itu aku kenal.

Qira'at.
buku yg aku belajar mase sekolah rendah
buku yg aku gunakan untuk belajar mengaji
belajar kaedah membaca dan mengeja jawi
khas untuk pembacaan al-Quran


Qira'at???
takkan baru nk start.
bia betul budak ni?
namun itulah realitinya.
pensyarah wanita itu yg menjadi sifunya
yang sudi mengajar anak muda itu.


terkilan dan sebak,
dia tak pernah dapat belajar.
tapi ya Allah, kalau orang tu nak
tetap dpt.
dia tak pernah belajar,
tiada peluang belajar,
agama hanya mainan kata-kata
agama hanya apa mak ayah keluarga bicara.
tapi, Allah nak bg idayah kat dia
dia cari juga org yg boleh mengajarnya.


apa yang mampu aku sampaikan padanya
ialah, kamu sangat bertuah.
dapat sesuatu yg mahal, iaitu hidayah.
dan bercerita tentang kisah hidup aku,
aku dapat keputusan yg baik, sgt baik untuk
setiap matapelajaran agama, SPRA, PMR, SPM
aku juga pernah belajar di sekolah agama
tapi, lanjut usia baru nak ada kesedaran bacaaan solat punya makna
alfatihah, iftitah, hari2 pon baca.
tapi...itulah hakikatnya, tk paham sarikata.

damai. semoga damai aku doakan student itu.
dapat didikan agama+ didikan dunia,
tak ramai remaja, 18tahun diasuh oleh
seseorang Prof Madya Dr.
secara one-to-one,face-to-face
kalau ade pon, masih tak ramai yg hargainya.

damai, baguslah. aku suka.
hadiah pagi ini.
aku mintak nak saksikan keajaiban dunia,
Allah bagi tengok secebis damai sejahtera.
Alhamdulillah.
mari setelkan urusan hutang,
semoga hidup kita tidak dibelenggu hutang
yang mencengkam.

(^_^)

10 Jul 2011

KL

KL
kuala lumpur
selalu kotor,sentiasa kotor

KL
kamu nak protes, sila protes
tapi awas, kamu akan diproses

KL
Oh kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu [altimet ft noh]

Perhimpunan Bersih
hari itu dalam sejarah
2007 tahun bukan hijrah

Perhimpunan Bersih
hari ini dalam sejarah
kau masih 'haram jadah'

kalau aku,
ditanya pendapat aku?
memang...betullah tu.
perhimpunan ini menyusahkan
anak2 dan ibubapa bangsa melayu.

memang, ape nak jadi ngan orang kita
ulang cerita berita ketawa duka
ah-ha, bersumber tv satu, dua dan tiga
media media prima cengkerama.

betullah, bersih hari ini menyusahkan
tapi, tiada bersih sebelum ini adakah yang ada menyenangkan?
subsidi, royalti,
beras, gula dan roti.

alahai brade, gula setakat naik seposen dua pon nak berkira.
eh eh, memang aku tak penah berkira, gaji aku banyak, aku mampu beli gula
walau naik 15kali harganya di pasaran dunia.
gua memang takdehal, tapi...
ah-ha mari kite gelakkan nelayan itu, pengawal keselamatan itu,
mari kita hina mereka peladang, petani itu.
gula kurang tiga hengget pon nak beli tak mampu...
baik makan gula-gula je la weh.

weh weh aku, cakap jangan lebih lajak dari laju.
lu sapa, apa lu punya baju.
oh oh, aku tiada sapa.
gaji aku pon kerajaan baya.

haaa, tau pon. tak reti nak terima kasih kat kerajaan.
sedar la diri tu sikit.

tapi kan, tapikan...duit yang dibayar tu dari cukai.
cukai rakyat. cukai tu, tu dia yang hina dina tadi tu
yang muke sememeh tangkap ikan, yang mengawal jalanan.
itu itu, duit diorang tu, bukan duit diorang je
duit mak bapak atuk nenek diorang jugak tu.
diorang yang bayar tu,
putrajaya nan indah pon tak penah pegi tu
ape lagi nak injak ke mahligai
50juta setahun bil air api nyer...

isunya bukan nak sokong perhimpunan bersih.
tapi komplen pasal melayu akan dipijak oleh bangsa lain
lu kalau takmo kene pijak, lu jadila hebat.
7pagi dah punch in mapley dah.
dok ulas politik, agama, sukan, hiburan segala macam.
cakap deras, komplen roti tak cukup gula, kuah kurang garam.
mau bangsa sendiri maju,
diri sendiri macam tak berbaju.
tu dia, pitching anak menyanyi, sedikit lari
itu yang dia risau tiap hari.

yeay, da masok 10julai
bla la lu bersih.
da abes da waktu keramatmu.