28 Jun 2011

GoBlog [5]

sedikit perbualan
sedikit nur rembulan
sedikit oksigen
untuk pernafasan.

sedikit saje lagi, siaplah.
jomlah-jomlah.
aku tau ape yang kau mahukan.
sedikit cadangan dari
mulut yang kelancangan
bukan?... 

[aku]
kau akan berkata apa saja
kau akan cuba apa saja

untuk sedikit perbualan yang tak bermakna
dan tiada signifikan ini.
aku tahu sudah, resam dihatimu.

[kamu]
nampaknya dah ade yang memahami hati
kau yang tak bisa dirungkaikan. 
wah wah, sapekah?...
it's warm, comfortable feeling kunun.


[aku]
hah, itulah. tapi setakat itu sahaja
perasaan dan kegirangan seadanya
selebihnya tak mampu.


[kamu]
comfortable feeling...
bermakna
perbincangan intelektual
dan sembang-sembang emosional
seimbang antara kau dan dia bukan?
so, ape lagi mahu tunggu.
itu yang kau cari selama ini
itu yang kau temui ketika ini
mahu perkara sama
terjadi tragedi, lagi dan lagi.
hah?!!!!ape yang kau tunggu?
dari sudut mane yang kau tak mampu?


[aku]
shhhh. tak perlu suara itu tonanya tinggi.
jangan sembang lebat sangat.
kau berbual seperti tahu aku punya hal.
aku punya fasal dan pasal.


shhhh. aku tak pasti
aku rasa dijantung hati, aku rasa
aku rasa riang disini, aku rasa
aku rasa senyuman ini, aku rasa
itu aku rasa. 
dan yang sebenarnya
sebenar-benarnya.

sebelum kau tanya 'kau ade tanya dia?'
aku nak jawab awal-awal 'aku tak tanya dia'


[kamu]
why can’t you just love her?
why be such a monster?
u bully from a distance
ur brain needs some assistance


[aku]
why can’t you just love me?
why be such a female monster?
u bully me from a distance
my brain needs ur assistance.

[kamu]
sebab aku makwe orang.
kau tak paham bahasa ke?
maaflah aku tak reti nak buat formula
supaya kau mengerti apa maksud 'orang tak suka'
i'll take back  all the things that i said
i didn't realise i was always talking to the living dead

dan aku taknak kau fikir aku ambik tahu
hal dan fasal dan pasal kau.
aku dah tak kesah, aku tak kesah dan takkan kesah.


[aku]
(ade aku kesah kau tak kesah...dalam ati jek, dikhuatiri dapat pelempang)

kau akan berkata apa saja
kau akan cuba apa saja

untuk sedikit perbualan yang tak bermakna
dan tiada signifikan ini.
aku tahu sudah, resam dihatimu.
alasannya sama saja.
kau dan dia, latar yang tidak berbeza
situasi tidak sama, 
namun alasannya sama



[kamu]
dia makwe orang...kan.


[aku]
pandainyieeer.


------------------------------------------------
sedikit perbualan
melerai tidak, kekusutan
terbongkar jugak, segala itu
segala yang seketika, 
tidak semua.


sedikit perbualan
banyak perkhabaran
aku tetaplah seorang
dan kamu tetaplah makwe orang.

------------------------------------------------


[kamu]
seperti salah satu dari postulat Euclid
yang menyatakan dua garisan lurus yang selari
takkan bersilang. dalam bahasa biasa
dua garisan itu takkan bertemu.
seperti mana yang kau definisikan
aku dan kau dahulu

kita dua umapam 
dua garis lurus yang selari, 
sebelah menyebelahi, 
seharusnya kita tidak berkelahi.
harus saling menyalingi.
tapi yang selalu terjadi, kita berkelahi.
kau kata kita selari takkan bersilang.
apa logik akal? apa rasional?
kau kan ahli matematik yang kununnya 
tak malu mengaku ahli sedang ilmu tidak setara mana.


[aku]
duhai garisan lurus yang lara
yang punya wajah yang lawa
aku tidak menipu, cuma kita
kehidupan kita berubah jua
ilmu itu kalau tidak berubah, berkembang pula.
postulat itu orang ade hujahnya
untuk menidakkan bahawa

dua garis lurus yang selari
akan bertemu di satu titik ideal.
aku difinisikan kita sebagai 
dua garis lurus yang selari,
ya aku akui.
tpi tidak berdasarkan dan bersandarkan
logika postulat pada geometri euclid.
dinamakan geometri non-euclid.


ahhh, maaf, ape aku mencarut nih.
tak mengapa.
perbualan kita memang harus berakhir begini.
kita dua garis lurus selari
akan bertemu dititik ideal itu.


bertemu untuk ditakdirkan beradu
atau hanya jodoh yang tuhan telah tentu.
aku berdoa untuk takdir yang kedua itu.
jangan masam-cuka lagi kamu,
mari kuntumkan seperti senyummu selalu
aku suka tengok. (^_^)




 


20 Jun 2011

tak cukup -cukup.

"sifat ini yang banyak pada Melayu baru, contohnya
kalau ada satu kereta mereka mahu dua kereta atau
kalau ada kereta kecil mereka mahu kereta besar.
Mereka mahu lebih lagi."
- Profesor Diraja Ungku Aziz, ms7, Mingguan Malaysia 19jun2011 -

sifat ini berkaitan dengan sifat kiasu.
sifat apakah itu?
baik atau buruk untuk Melayu baru?
bacalah sendiri.

apa yang mahu ku utarakan disini
Melayu itu memang takkan cukup dengan apa yg ada.
namun, ada juga aspek positif
untuk perihal 'tak cukup-cukup' ni.
cuma, mungkin masih tidak disedari
ataupun saje buat2 tak sedar.

tak cukup-cukup.
mane cukup setakat 10 orang chemist nak invent vaksin terbaru
mane cukup setakat 10 orang engineer nak buat enjin kereta
mane cukup setakat 10 orang designer nak design carburator
mane cukup setakat 10 orang arkitek nak pastikan keselamatan sebuah flyover
mane cukup setakat 10 orang guru nak didik even sekelas anak bangsa
mane cukup setakat 10 orang ulama nak bela agama 
mane cukup setakat 10 orang ahli politik melakar lanskap keadilan dan kebajikan negara
mane cukup setakat 10 orang pakar ekonomi nak menaiktaraf sosio melayu kita
tak cukup-cukup

TAPI...

takkan takde yang cukup kot?
takkan takde?
hoi...takkan takde...

hoi, bisinglah kau. bak kate zizan.
hah, zizan, yela zizan
yg partner ngn johan utk maharaja lawak tuh.

ahha...
kita ade cukup.
cukup 10 orang pelawak untuk buat kita tergelak sepanjang tahun.
cukup 10 orang penyanyi untuk menghibur hati sepanjang hari.
cukup 10 orang hero malaya untuk berlakon berbagai watak dan perwatakan dunia
cukup 10 orang penari untuk kita berkata wow sesama sendiri.

cukup-cukuplah.
dan cukuplah aku membebel dipagi ini.
lagi dan lagi...
hari demi hari...
cukup-cukuplah.

[apa yang ada ini sudah harapan kita - HAMKA]

14 Jun 2011

Kursus Sayangi UPM

semua para tutor...UPM kini
ops bkn semua, cume sebahagian saje
yg belom ditazkirah,
dan minggu ini, kami dikumpulkan.
diberi amaran dan dimotivasikan

kursus 4 hari utk memberi kesedaran
supaya nnt kpd sesape yg bertebaran
tak kisah mana tujuan dan hentian
pastikan pulang dgn penoh kebanggaan
pulang dgn degree yg seharusnya kami miliki.

sebab, duit UPM tuh...
duit UPM yg tak harus dibazirkan
sorg tutor saje UPM dah belanje berape riban,
puluh dan ratus riban...
ape? half a million RM per person???!!!!
sgt2 memeranjatkan aku dan...
hurm ade jgk mereka yg muka selamber jek
tak surprise sgt la tuh...

hari ini hari kedua kursus,
sgt2 mengujakan.
bila dok diopis sndr, berbual ngn bbrp rakan
dan staf... rase diri ini dah hebat dah....
bile dpt kumpul reramai camni,
macam2 bidang dan kepentingan
macam hal dan ragam dan perangai
macam2 ilmu dan kepakaran.
anak melayu, ade jgk yg boleh dibanggakan.
diorg memang sempoi...
dan penceramah semuanya
tak semua tapi majoritinya
ade Prof/ Prof Madya didepan...
kasik curik ilmu la ape lagi...
nyum nyum nyum

sampai skrg,
perkara yg masih menggangu pikiran.
20% kadar kegagalan.
20% dari 500 org tutor sedia ada= 100 orang
100 orang tuh.
ya Allah, aku memohon padamu.
jgn masukkan aku kedalam kelompok itu, dan
semoga 20% itu kalau boleh berkurangan
sehingga 5%, lagi baik 0% kegagalan.
risau jugak...
tu semua kne amek kire tuh
ade kemungkinan
atau bahasa matematiknya
terdapat nilai utk kebarangkalian
terjadi hal sebegitu...
nauzubillah.

'lucah dan degree celah punggung'
hah, ape yg aku nak cakap nih sebenarnya.
ni lagi satu yg mengujakan.
disamping dapat bertukar pendapat sesama rakan tutor
[dem, mereka hampir semua hebat2, terkedu aku...sgt2
tinggi intelektualnya...luas...atleast relatif dgn ilmu aku]
intelektual ok...akhlak bagaimana?

sesi semalam, taaruf dimulakan.
majoriti peserta kursus, lelaki...
dah berkahwin...
dan semasa sesi makan, kami berkumpul.
aku paling berharap agar tidak terkeluar topik kawen
dari mulut diorg, sebab...

sebab ape?...
aku jeles sebab tak kawen lagi?
ade la 30%, eh 27% lah...heheh
sebab...
klo dok opis, majoriti diorg
suke sembang lucah.
suke komen pasal tetek dan punggung
wanita2 yang lalu.
tak kesah sape,
akak cleaner, makcik kantin,
lecturer, student under 20.
abes semua jadi mangsa, dan ada yg label aku
'GAY'... sebab...dem...
yg aku kesalkan diorg nih atleast ade degree....
bukan calang-calang
abes dgn warna terbang di universiti
tapi
degree letak celah punggung.
tu la spesisnya....

berbalik pada sesi makan bersama
geng tutor nih...
ak tak mau la,
mood akademik dan intektual
yg terbina,
aku suka
dan jarang pula merasa
dihari-hari biasa.

jeng jeng jeng....
diorg bukak jugak cerita.
aku da geram.
tapi...masyaallah.
aku buruk sangka.
meraka... alhamdulillah, Allah izinkan
cerita lucah disenyapkan.
mereka bercerita hal perkahwinan dari sudut,
walaupun tak semuanya dari sisi islamaik
namun, langsung tidak berunsur lucah...

dan aku akan menghadap lagi
2 hari  kursus ini.
network network network
ade jugak jaringan awal
sebelum aku mulakan kembara
ini....

(^_^)