21 Ogo 2011

bila mana otot seenaknya bicara, otak tertinggal entah dimana.

apa itu otak
apa pula itu otot?
adakah otak itu juga tergolong dalam
kategori otot?

yang pasti kedua-duanya 'mutually exclusives'
iaitu saling bergandingan, berpacaran,
bekerjasama dan kerja sama-sama
dalam mempastikan tubuh badan, dan keserakahan
dapat menikmati segala keindahan pemberian tuhan.

kadang-kala
manusia nih biasa-biasa saja
memang kita tak tahu semuanya
bahkan takkan tahu semuanya
mustahil untuk menggapai ilmu keseluruhannya.

namun, ilmu itu boleh banyak ditimba
atau boleh sedikit jumlah capaiannya.
bergantung kepada kapasiti, kebolehan
kehendak, dan kesediaan individu atau masyarakat
sesuatu kaum atau bangsa itu untuk menerimanya.
itu syaratnya sungguhpun 'segalanya dengan izin Allah'
tapi jika jiwa itu lalai dan alpa,
tak pernah terdetik mahu meminta
takkan Allah nak bagi semudah itu saja.

orang nih kadang-kadang
ilmu tak seberapa,
tapi ape saja hal perihal cuba diolahnya
dengan melulu dan membuta tuli.
kadang kala takda hujah pon
ataupun hujahnya tak kuat
ataupun memang tak pernah nak tahu
apa itu hujah.
ramai yang boleh berhujah, berdialog
tapi secara emosi dan tidah berlandaskan prinsip ilmi.

adakah sama orang yang mengetahui dengan orang-orang yg tidak mengetahui?
sesungguhnya orang yang berakallah yg dapat menerima pelajaran. (Az-zumar:9)

bilamana ada orang yang dalam ilmunya
menyatakan kesalahan melakukan sesuatu perbuatan itu
berdasarkan dalil yang diberi. maka kalaulah orang itu
atau badan itu bercanggah dengan ilmu kita, kita rasa dia salah
maka,kita boleh sanggah.
tapi sanggah hendaklah dengan hujah.
kemudian org lain yg jikapun tidak ada ilmu
dalam bidang tersebut, namun dengan akal yang waras
boleh mengambil iktibar dan cuba mendapatkan kebenaran
melalui perbandingan kedua2 hujahnya.

[ahh, ini bertentangan dengan tradisi melayu yang selama ini
bertahan menyatukan orang melayu]

kalaulah ini hujah agama,
maka orang bangsa lain yg bukan islam akan berkata
ini islam melayu punya maa,
olang lain jgn kasi kaco
ini melayu manyak sensitip maa
wa tengok melayu ini macam
wa pon tak mau masok islam.
baik wa jual ikan, ada manyak untung

[peduliklah dalil atau hadis nabi, tertolak jika melawan tradisi,
adat istiadat kami daulat, siapa tak senang kami tentang.]

ape dia ingat islam nih berasal dari melayu ka?
islam nih agama ritual semata-mata tunggang tegolek ka?

kalau adat itu melanggar kebijaksaan, menyubur kejumudan
maka islam yang asal datang membawa cahaya kebenaran
mengeluarkan khurafat, tahuyul karut melayu adat dan segala kedangkalan.

[ohh, kau kurang ajar. tak reti bersyukur. kau caci maki bangsa sendiri.
tak tahu malu kah hah?...sialan celakaan kau, selama nih kau hidup dengan orang melayu
kau melayu murtad!!!]

bukan aku tak tahu malu, cuma dah macam tak larat nak tanggung malu.
segan dengan bangsa ini, namun darah melayu dalam nadi, ku tempuh jua.
kau yang pelik cara hujah, aku juga yang disalah.

dengan islam insan mendapat ketenangan
dengan islam lahirnya perlbagai cabang kesarjanaan
dengan islam kesempitan dunia diganti dengan keluasan dunia dan akhirat
dengan islam segalanya menjadi ibadat
dengan islam, bangsa ini pernah diangkat martabat
dengan islam melayu sekali lagi mampu menjadi hebat

adakah sama orang yang mengetahui dengan orang-orang yg tidak mengetahui?
sesungguhnya orang yang berakallah yg dapat menerima pelajaran.


bila mana otot seenaknya bicara,
otak tertinggal entah dimana
agama ini menjadi semakin keliru.
mufti ini mufti itu, orang politik lagi la haru biru.
prinsip 'aku benar, kau salah' semakin berhantu.
mana satu yang aku harus, sana sini tidak tentu?
apakah jalan keluar dari masalah yang makin celaru?
adakah jalan keluar dari kemelut yang membuntu?

setiap orang, pendapatnya boleh diterima atau ditolak
kecuali 'qalAllah qala Rasullullah'.

jika terbit 'qalAllah qala Rasullullah'.
kita terima dengan jantung hati yang rela
yang redha dan berlapang dada.
dengan yakin kita tahu,
itulah jalan keluarnya,
itulah penyelesaiannya.

ku memohon pada tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada tuhan diterima amalan
dengan rahmatmu, aku memohon pertolongan
perbaikilah urusanku keseluruhannya
dengan rahmatmu,ku tempuh jua.


 

Tiada ulasan: