29 Apr 2011

lagi dan lagi: " a few updates"

...updates...
...updating...

bukan nak berdating...
hohoh...nak membebel, mengomel.

1. projek 'ayat-ayat integer' dikuburkan.


-ade beberapa entry/artikel yg dihajatkan utk
disiarkan disana [ayat-ayat integer] namun aku
insan daif, lemah, longlai, gemalai...
macam x larat nak menjaga dua blog...
adeh, ape punya blogger daa...

so, pape entry, aku compile kan sajelah disini...
biarlah ianya se'rojak' yg mungkin...
campur baur kaya miskin, karat berat...
jiwa tulus atau serius.. ape ape jelah...


2. kehidupan tanpa facebook adalah kehidupan yg tiada erti.

-oh oh oh...sadis bukan kehidupanku,
hanya berteman facebook sehari-hari.
sejak dari awal 2008 sampai 25 April lalu,
purata aku dan facebook adalah
hampir setiap hari. setiap jam maybe,
kecuali time tido. dan kini aku telah
nyahaktifkan akaun facebook,
mungkin sementara, mungkin selamanya.


hari pertama memang menyeksakan,
resah gelisah dibuatnya.
kalah perasaan rindu kat seseorang yg dicintai,
even aku takde sape pon nk dicinta hahaha, ayat sadis.
tetapi hari berikutnya semakin berkurang,
dan aku mula merasai nikmat berbual
secara 'live' bukan setakat ngan kawan2,
malah ngan manusia amnya.

tapi tak dinafikan,
berfacebook ada faedahnya,
ade manfaatnya,
ade pengisiaan ilmiahnya
cuma haruslah pandai mengawal diri
dan...
adeh,
ceramah la plak mamat nih.

tengoklah sampai bile aku
mampu bertahan dgn bergantung kepada
saluran komunikasi pada blog ini sahaja.
[opsss, ade emel dan ym juga].

terima kasih kepada yg 'concern'
atau pura2 'concern' gitu.
walau kamu pura2, tetapku terharu.
jangan risau, tiada serius yang berlaku
hanya cuba2 mengelak dari berfacebook sahaja
sementara, selamanya, tengok saje.


3. kembali ber'sekolah'

aku sudah memohon utk memasuki 'sekolah'
walaupun bukanlah 'sekolah' berasrama penuh.
tapi tiap bilik diasramanya sudah penuh.

so, macam biaselah
org yg nak kembali ke sekolah,
macam2 hal lah...
serba baru katekan.
baju baru, seluar baru,
gaya dan perwatakan baru.
baru baru sume gitu.



okeh, adios. mungkin entry terakhir bulan ini.

(^_^)

Tiada ulasan: