23 Mac 2010

epiSod 10 - penDuluM



Sesepi pagi itu, dpt ku rasekan

Kesejukan hasil dari tiupan angin sepoi2
Yg tetap menerobos
tingkap using bilikku ini….

Setiap kali angin berlalu masuk
Seakan2 meniupkan semangat harmoni…
Yg kadang kala bisa membawa sepi ku pergi…

Dan...

Kadang kala tiupan angin itu,
membawa seribu kenangan
Yg bisa membuatkan
jiwaku meronta-ronta
dalam mencari erti

apakah definisi cinta dan kehidupan
bg seorg insan yg lemah seperti ku...???

ahh,pagi2 dah mengelamun sesuatu yg
berunsurkan negatif, berteraskan was2...
sgt2 tak digalakkan...
dan sesuatu
aktiviti yg tak sihat
berfikir dan bersangke buruk
terhadap diri sendiri
di pagi hari...

tak kirelah dari segi motivasi
mahupun agama
sepeti mane telah dijanjikan yg Esa
bahwa waktu pintu rezki itu, dibuka luas...
untuk hamba2nya yg berfikir dan mengerti
akan kasih sayang akan DIA...
ketika munculnya mentari pagi,
menyinari sepelusuk bumi...
kota dan desa,
lembah dan rimba
sungai seta telaga

hening sungguh subuh pagi ini...
menitis lembut air mata,
yg ntah mane ilham datang menimpa...
serase hiba bercampur gembira...

"benarlah pesan pesuruh Itu,

bnyk senyum menyorot bahagia,
terlampau ketawa menyusur sengsara..."

"ya Allah,kasihanilah aku"

tiba2, mak ku mengetuk pintu
menjengah masuk kekamar peraduanku


' ko pg beli sarapan jap?, mak letih la...mls nk msk'
" malas?, sejak bile mak pandai malas2 nih? "
' ngade2 la ko...tlg beli roti canai ye...'
" sekeping ke due keping?..."
' ko ni pikir cukup mkn ko je, beli la utk sume adk2 skali'
" hee...saje je...jgn la mara"
' ape la teruk bilik ko nih, masam baunye, bau lelaki'
" lah, masam ke?...jap2"

dengan kebijakan hasil gabungan
genetik gen x dan y daripada

ibu dan bapa ku,
aku dapat idea...
aku mencapai perfume
lalu ku semburkan searena bilik


'bgs lah...sng je ko...tu tuala tu da kepam, tuka la...'
'cadar dan sarung bantal, bercop2 dah, x reti bau busuk ke?'

" alah, mak je yg kunun sensitip...xdla busuk sgt haha"
' dah2, kemas bilik, kemas katil, pastu beli roti canai mak ye'
" yes mam...tapi...duit bak sinila, nafkah nafkah..."
' huh...jap mak amek'

fuhhh....lega aku...
lega akan 2 perkara...

1. mak aku xperasan aku bru lps nangis2 (mgkn buat2 xprasan)
2. aku tak perlu gune duit aku utk beli sarapan (org kedekut mmg untung)

hahaha...namun yg maha tahu, mmg tahu...
kelegaan yg dikurniakanny adalah kerna
aku diberikan nikmat dpt melihat riak wajah ibu ku
yg sentiasa menenangkan, mententeramkan jiwa nan layu...

bkn semua manusia,
tidak ramai org,
yg Allah bg nikmat
dapat tgk wajah ibu mereka
tika masih mengalir darah di salurnya
tika masih beralur nafas dikerongkong wanita tua
bergelar ibu itu....

dan ade juge yg mmg
dicampakkan kebencian tika
melihat ibu mereka
akibat mgkn didera, atau sekadar mahu menunjukkan ego
tidak kurg pula si derhaka...

dan aku disini,
bersyukur
punya seorang ibu...
ibu mithali...
secare lintas deras,
terbit persoalan...
menjengah pemikiran

"adakah bakal isteri ku kan spt muliany ibuku?"
"mampukah aku miliki wanita persis solehah ibuku?"
"dimana kan ku cari, dimana buleh ku berjumpa wanita surgawi?"

dan...secare nakalnye hatiku mengusik minda sendiri...

"mak aku ade calon tak utk anakny ini?"

owh...owh...owh...

krrrrrrrrrrrrrrrr....
ahh, keroncong
vibrate...hasil dari asid2 folik
di bahagian dlm abdomenku,
mgkn dr usus besar mahupun kecil....

aku LAPAR!!!!!!!!!...

-----------------------------------------------------------


12 ulasan:

ayie berkata...

best2..;)

aidafarhana berkata...

mmg bes =)

nisa berkata...

...nice to read... ;)

Tanpa Nama berkata...

He..he..he.. tak pernah ku sangka ko berjiwa sebegini. Apa pun... ia menghibur minda

zain berkata...

ayob...aku suggest ko wat novel je..jual laku ni beb...mcam blues untuk ak dah ni...

m.asyraf berkata...

hurmm, tu la...nk tiru ala2 'blues utk aku' la nih...tp xd ilustrasi yg menarik...(xreti melukis sbenany)...

jaha berkata...

memang best.meletop kalau bukukan nih.. gambar xde xpe. bleh upah org lukis.

episod 10 ni wat aku rindu kt my mom la plak.. jauh beribu batu d kampung... 3 bln lg br bleh jumpa.. hhuhu

NAA berkata...

pendulum adalah salah satu bahagian penting yang terdapat pada mesin ujian hentaman izod.

terdapat pelbagai jenis pendulum yang berada dalam industri.

penggunaan berat pendulum adalah di tentukan melalui jenis bahan yang di gunakan iaitu polimer yang terlibat.

pendulum yang bersesuaian dengan jenis bahan perlulah di gunakan supaya keputusan darjah yang terhasil daripada hentaman adalah seragam dan tidak berlaku ralat semasa ujian.

jaha berkata...

aduh! ni ape hal cite pasal pendulum plak.. biarkan pendulum balistik dengan hukum fiziknya.. pendulum kehidupan, siapa yang dapat merungkai hukumnya...?

sasuke berkata...

hahaha,pendulum cinta..cayalah der..tp btol gk kate bro jaha tu, xde gamba pon xpe lol

m berkata...

ibu....
ibuuuuu....
engkaulah ratu hati ku....
bilaaaaaa ku berduka
engkau hadir selaluuuuuu....
ibuuu....
ibu...
engkaulah ratu hati kuuuuuuuuuuuuu
(nyanyi lagu ini sambil minum susu fernleaf)

Tanpa Nama berkata...

untung la bagi sahabat yang beribu dan berbapa..
hargai sementara masih ada..
agar tak berduka di hari kelak..
alfatihah..
buat ibu & bapa yang masih ada mahupon yang dah tiada...