dalam usaha mula-mula nak jadi baik kononnya,
aku memulakan dengan mencuba untuk menghayati
maksud setiap ayat-ayat dalam al-quran.
apa yang ada sebenarnya,
yang boleh aku kutip untuk merawat
luka jiwa yang rapuh, kecewa dan sengsara
yang tak ketahuan puncanya...
yang pasti...aku pasti...aku sakit.
sehinggalah tiba masanya, takdir menentukan,
melalui secebis ungkapan bahkan peringatan;
wahai celakanya aku!!!!
alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil
si dia menjadi sahabat karib.
sesungguhnya dia telah menyesatkan aku
dari jalan peringatan setelah ia sampai kepadaku
dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia.
(yang menjadikan dia sahabat karibnya). ***al-furqan, 28-29.
aku agak tersentak.
banyak memori lama menerjah balik ruang ingatan.
dulu aku pernah belajar disebuah sekolah aliran agama,
aku tak ingat akan namanya, yg penting aku ingat dia punya muka.
seorang ustaz biasa yg pernah mengajar aku sedikit ilmu
berhubung dengan syaitan...
syaitan itu adalah dari golongan jin dan manusia.
ya, manusia.
betapa celakanya aku jika aku dah tau adanya manusia yg bergelar
syaitan
dan aku dampinginya, aku bergaul mesra dengannya.
sehinggakan aku ambil jadi sahabat handai....
maka penyesalan menanti aku dikemudian hari nanti
hari yg memang penuh dgn pelbagai penyesalan....
jika segala kemurungan diri,
ketidak-motivasian ini berpunca
daripada
salah aku yg memilih kawan yg salah,
apakah yg benar, yg betul, yang tidak salah.
siapakah kawan yg baik...sahabat yg baik?...
'pada hari itu sahabat-sahabat karib:
setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yg lain,
kecuali orang-orang yg persahabatannya berdasarkan taqwa'
***Az-zukhruf, 67.
kecuali orang-orang yg persahabatannya berdasarkan taqwa????
taqwa....
kawan yg bagaimana yg bertaqwa....
zahirnya, literalnya, lidah dan riak wajahnya
bolehlah dianggap bertaqwa...
tapi kita insan, kita manusia
sedang aku sendiri bermuka-muka,
pesimis sungguh aku mengandai mereka berpura-pura.
husnud-dzon...sangka baik....susah.
aku jumpa ramai insan yg nifaq.
aku jumpa diri sendiri dalam keadaan nifaq.
berpura-pura, bermuka-muka.
bertalam-talam.
namun tetap lidahnya, lidah kita mengucap salam.
kawan.
aku perlukan kawan.
dalam aku ingin melupakan kawan.
dalam aku ingin meninggalkan kawan.
yg zahirnya sudah nampak syaitan.
pastilah akan ada ruang kekosongan
yg perlu diisi semula dengan kawan
kawan dengan malaikat?...
aku dah ada dua,
kiri kanan menulis mencatit sahaja.
kawan tanpa kompromi.
salah satu kemanisan iman......
'kita sayangkan satu orang, dan kita tak sayangkan dia melainkan
kerana Allah'
tidak kerana harta dia, rupa-parasnya, keturunannya.
namun kawan yg kita harap...
kerana dia, boleh menyebabkan kita dekat dengan Allah
kerana kita, boleh menyebabkan dia dekat dengan Allah.
dan orang itu yg paling penting untuk menjadi sahabat
yg mana kita sayang dia kerana Allah: suami atau isteri kita.
(DrMAZA - Mencari Sakinah)
subhanallah.
dalam misi pencarian ini
misi mencari sahabat sejati
banyak-banyak aku meminta
supaya dipertemukan dengan insan seperti ini.
alhamdulillah.
Allah hadirkan dia dalam situasi yg terduga
Allah beri kurnia dalam keadaan aku tak bersedia.
dan kini,
aku sedari....
misi ini bukan telah berakhir
namun baru saja bermula
sahabatku-isteriku: orang yg sama.
sebelum ini aku pernah meminta
'how i wish my intelectual & actual soulmate is the same
person'
dan lama aku tunggu,
ada juga dua-tiga yang kutemu.
tapi Allah tak bagi
yg Allah hadirkan hanyalah kerunsingan
keserabutan, keceliruan,
keliru dan setiap perkara yg ingin diputuskan.
tapi bila urusan ini diserahkan kepada tuhan
dan tuhan itu maha mengetahui malah mengabulkan
maka terasa benarlah ungkapan
berdoalah, Allah terima. memintalah, maka Allah mustajab.
subhanallah
alhamdulillah
allahu akbar...
tiada tuhan melainkan engkau yya Allah
disegala kurniaan dan kebaikan yg engkau berikan
sesungguhnya aku insan yg fakir lagi memerlukan...
dan misi ini akan diteruskan
duhai isteri, bantulah suami
bantulah aku, suamimu,
dalam meniti perjalanan
untuk meraih 'kemanisan iman'.
p/s: saya sedang rindu isteri saya, harapnya dia pun sama. hihi. euwwww, gediks.