SHAH ALAM : Sistem AES telah dipasang di beberapa kawasan kurang kemalangan
untuk mengurangkan lagi kemalangan. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata
berkata dalam lawatannya ke Ibu Pejabat Polis di sini bahawa sistem ini dipasang
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kosong kemalangan, di lebuhraya sahaja.
Di jalan-jalan perseketuan dan jalan kampung, pengguna diminta menjaga diri sendiri.
Sistem ini telah mendapat reaksi yang amat positif dari kalangan anggota polis trafik.
Mahdir bin Mahmud seorang anggota polis trafik yang sudah berkhidmat selama
10 tahun berkata, "Saya amat berterima kasihlah pada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri kerana memperkenalkan sistem ini. Kini saya tidak lagi perlu berdiri
di celah pokok untuk menjaga kamera kawalan halaju selama berjam-jam lamanya.
Ada rakan sepasukan saya meninggal dunia kerana mengalami batu karang akibat
menahan kencing selama 9 jam semasa ops sikap."
Seorang lagi anggota polis trafik berbangsa cina juga melahirkan rasa terharu dengan
kewujudan sistem AES ini, "Dulu saya selalu berdiri di tengah panas untuk menjaga
kamera. Kulit saya pun menjadi hitam. Kawan-kawan sekerja saya selalu
membuli saya dengan menyamakan saya dengan Akon. Saya mengalami kemurungan
dan hampir membunuh diri. Kini dengan AES saya tidak perlu lagi berdiri
di bawah matahari," sambil menangis Chua Toi Let mengadu kepada wartawan kami.
Setelah wartawan kami berputus asa menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa
Ibrahim bin Ali, wartawan kami akhirnya akur sebelum video seksnya disebarkan
dan bersetuju mewawancara beliau. "Kamera AES ni bagus. Kerana yang selalu
bawa laju ni orang cina. Mereka banyak duit. Kereta pun besar. Biarkan mereka disaman.
Orang melayu cuma berkereta nasional. Tidak laju seperti kereta import.
Jika ada melayu yang mengubahsuai kereta mereka dengan meletakkan enjin turbo,
dia dianggap pengkhianat negara kerana enjin turbo adalah anasir Yahudi," katanya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seiringan dengan insiden tersebut, Presiden Persatuan Peribumi Perkasa Ibrahim bin Ali juga memberi sedikit ulasan. "Setelah meneliti video tersebut, saya dapati itu adalah agenda pembangkang. Anwar Ibrahim telah membayar sejumlah wang yang besar kepada budak-budak itu hasil daripada dana yang disumbangkan Yahudi," katanya.
Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata selepas menonton, video tesebut sebenarnya telah diedit menggunakan kaedah alih suara yang biasa terdapat dalam drama-drama korea kegemarannya.
- wartawan Johan
- sumber rasmi/tak rasmi/tak pasti: malaysian gags