17 Ogo 2012

boring subject.


boring subject: ???

of course lah... 

reading. 

read
read
read

while your eyes still open

while the heart still beat

while the lung still breath. 




































now what?














Can you make out
 the words? 





















Is the soul of your home
filled to the brim? 























Time to clear
some space
in your bookshelf...

all will be revealed soon.








Now 

this 
would 
be 
something 
nice 
to 
have 
in 
the 
hospital, 

a cure for boredom.














So which stage are you in?










































What's the name 
of your best friend?



















Someday a newspaper might be this size if we don't take care of our natural resources.
















When you

just want to be left alone. 

With your book.


















Someday 
when 
your 
great grand children 
ask you 

"where books come from?"




















Are you sure 
you're not schizophrenic?















all pictures are taken from MPH CLICK photo collection.

 [  http://www.facebook.com/mphclick]

donno y i keep promoting them... sigh.







7 Ogo 2012

Contoh Karangan UPSR: Karangan jenis berita.

Peristiwa Di Kedai Basikal Hamed.

26 Ogos, Kuala Sepang - Seorang bapa kepada tiga anak dijumpai tersepit dicelah dedaunan pokok pisang, berhampiran kawasan Felda Semperit disini malam tadi. Mangsa yang dalam perjalanan pulang dari ponteng solat terawih, dipercayai hilang kawalan terhadap basikal roda tiga milik anak bongsunya itu dan merempuh lori simen yang berhenti ditepi jalan sebelah kedai basikal milik Pak Jawi sebelum menjurus masuk terperosok dikebun pisang tersebut.


Seorang saksi makcik tua, yang rongak empat batang gigi depannya menyatakan bahawa beliau menyaksikan kejadian tersebut dengan perasaan kagum sekali. Makcik tua itu berkata, "Memang dogheh (deras) dio bawak beskal, takdo lampu lak tu...yang makcik kosalkan makcik lupo nak bawak kamera makcik, kalo tak da lamo ado video kek youtube".


Bila ditanya apakah punca berlakunya kemalangan tersebut, pihak pulisi hanya mengesyaki faktor kelalaian. Ini kerana tiada sebarang bukti forensik yang dapat mengaitkan mangsa dengan sebarang motif jenayah. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes naya, namun pihak pulisi tidak menyangkal bahawa niat mangsa pastinya mahu membeli mercun di kedai Hamed,yang terletak berdepan kedai basikal Pak Jawi.

Seorang lagi saksi memberitahu wartawan bahawa mangsa sempat meng'update' status Facebook beliau, dan juga 'tweet' situasi yang dihadapinya. " Saya sempat jugaklah baca dia punya status, ' Ahh, aku eksiden, bodoh punya lori simen, tak nampak aku punya beskal ke?', lebih kurang camtula bunyinya".

Ketua kampung yang kebetulan sedang main meriam buluh pun kaget dengan kejadian tersebut. " Saya punyalah syok nak setting karbait,tiba-tiba....terkejut saya melihat mangsa merangkak keluar dari celahan pokok pisang. Lintang pukang saya lari, terlondeh kain pelikat, ingatkan hantu" .

Manakala ADUN cawangan Sungai Langat pula menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika dijalanraya, lebih-lebih lagi dikala menjelang Aidilfitri. Beliau juga menasihatkan agar penjawat awam dan pesara berjimat cermat dengan duit raya RM500 yang bakal diterima mereka.

Sumber: Berita Gegar Gempita, Tipu sini, tipu sana ms 117


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sebuah catatan lama. [WEDNESDAY, AUGUST 25, 2010]
hampir dua tahun lepas punya karangan.
faktor yg mendorong saya untuk berkongsi entry kali ini
kerana menyedari peperiksaan UPSR semakin hampir.
saya tau pun sbb adik saya kene paksa rela pergi tusyen kesekolah 
pada hari minggu. pastu balik kne pakse rela lagi ngan ibubapanya, 
yakni ibubapa saya jugalah sebenarnya pun.
entry ini berkisar tips menulis karangan jenis berita.

Tips karangan jenis berita.

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3. Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu   berlaku.
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas. Contohnya rujuk berita diatas.



Sekian.
Have Fun?
Okeh. Lagha.
Pi sambung baca Quran.



1 Ogo 2012

atok.


setiap kali berdepan ngan atok, mst ade sedikit berdebar.
ni bukan atok skadar atok.
bukan atok atas asbab pertalian darah, kepada bapa, kepada saya.
die ade pangkat atok (gelaran), namun die seorang atok (mempunyai cucu).
namun mungkin sebab die ade hubungan akademik ngn bapa aku
so aku pon anggaplah die ni sbg atok aku juga.
dan kini die masih memantau pergerakan aku...
(damn it,gimme my freedom back la atok)

atok. the man of protokol.
kalo ngn org lain mau dihalaunya.
tapi ngan aku, xdla die hamok x tentu pasal.
pasal ape...mostly pasal baju.
pasal penampilan.
pasal gaya dan cara berpakaian.
semua aku pakai semua tak kena pada matanya.

bile aku berkemeja lengan panjang dan berseluar slack
die nk aku pakai tie skali, (maybe skali ngn blazer bru die nk puas ati)
bile aku pakai baju melayu, selaur melayu.
die nk skali samping (klo boleh kain songket), pastu pakai songkok (ketayap x main aaa)
ape punya kolot...aku kata, sebab aku rasa aku tak kolot.

protokol
protokol
protokol...

follow the rule.

setiap kali die bagi nasehat
mmg pedas la.

pernah skali, aku agak rimas ketika itu
dan kami pun mula bertegang leher seketika
tidaklah aku bertali leher, namun bertali pinggang harus.

atok: asyraf, bila boleh kamu berpakaian sopan?
aku: em, saya rasa saya agak sopan ketika ini.
atok: ya, sopan jika kamu di majlis basuh pinggan.
         kamu orang yg ade pendidikan, boleh menulis dan membaca
         kamu orang yg boleh mengira. [mmg stail cakap die cenggini, bkn saje2 tulis]
aku: ok. ape kene mengena skill 3M yg sy ade dengan cara berpakaian.
atok: bukan setakat cara, namun etika berpakaian.
         agak2 bila kamu boleh belajar mula pakai 'smart'
         sebab kamu kan orangnya 'smart' pakaian harus juga 'smart'.
aku: hurm... mungkin saya tidak berpangkat, sy bukan org korporat
        pada mata org mgkn saya selekeh, tak 'smart'
        tapi kalau yg sy pakai itu menutup aurat, boleh dibawak solat...
atok: ya betul. tutup aurat, boleh dibawak bersolat.
         tgklah diri kamu. dgn pakaian yg selekeh kamu bawak ngadap tuhan
         sebab tu kamu tak rasa malu bila berjumpa manusia dgn pakaian selekeh.
         tapi bila kamu belajar pakai smart dpn org,
         sy percaya kamu pasti akan berpakaian lg smart ngadap tuhan.
         itulah dinamakan adab. ikut peraturan. setuju.
aku: tak berapa nak setuju tapi... mungkin betul.
atok: memang betul. cuma kamu perlu belajar. tu saje.          
aku: [ok, atok win. as always] [dalam hati je...]

....hopefully muka dan riak wajah tak menampakkan tak puas hati...
...keapa die mesti betul...selalu betul...memang betul...cume aku...

alamak, aku dah mula hilang prinsip dan jati diri.
jangan biarkan org tua itu mempengaruhi gaya penampilan aku.
yeah. selama ni aku hidup sebegini, elok je...
dunia berubah, manusia berubah.
dari beruk jadi ungka jadi manusia.

hurm...
tetibe nak ke tandas.
kalah arguement mmg tipikal
melarikan diri setelah terasa
'awkward'nyelah nk tgk muke die lagi.

dan
setiba
dalam
jamban.
tetibe ade cctv.
what the bell?!!!!

cctv?...
gile geli nak intai orang
dalam jamban
pekejadah.

buktinya.
ni ha...
aku snap gambo.







SCARY WOH....