salam semua
salam satu malaysia
tiadalah duanya
jangan ditiga empat lima kan malaysia
sebab tu disebut satu malaysia.
jom masuk universiti!
zaman sekarang pendidikan bersepah
segalanya memang untuk dipermudah
anak melayu majoriti la ni masuk universiti... alhamdulillah.
kenapa saya kena masuk universiti?...
even aku pun, bukan time nak masuk
time dapat degree pun aku terpinga-pinga atas dewan
masa konvo lagilah...pebende yg aku dapat nih
aku sendiri macam tak sedar aku dah habiskan selama lebih empat tahun
untuk dapatkan sijil ni...then skrg aku dah dapat...
so...so what?...
dan sekarang sudah beberapa tahun selepas peristiwa konvokasi itu berlalu
kini aku masih lagi belajar, masih bergelar seorang pelajar
yang sedang mengejar, satu lagi sijil... yariba...
kenapa lelaki perlu masuk universiti ---->
memang seronok di universiti
dan saya setuju dengan animasi mamat nih
http://azmeerahmadshahruddin.blogspot.com/2011/09/kenapa-lelaki-perlu-masuk-universiti.html
hehehehe dan hehehehe.
dan kalau ditanya pada seseorang yang seperti berikut
memanglah perlu bahkan wajib dibayar pinjaman tersebut
tapi natijagh dari pemikiran materi sebegini yg mengakibatkan
banyak warga kita yang objektif atau fokusnya hanyalah sijil semata-mata
ade sijil, ade kerja best2,
dapat gaji banyak,
boleh joli katak.
masih ingatkah kalian pada berita
3 pelajar USM ditahan atas dakwaan pemalsuan sijil diploma-ijazah?
dapat degree jalan pantas, akhirnya sindiket dapat dipintas....
syabas polis malaya syabas... [kes syabas ngan kerajaan negeri apekehal?]
logiknya mudah. kos sijil palsu ~rm5K - rm7K
nampak macam mahal
tapi jika dibandingkan dengan kos sebenar seseorang nk dapatkan degree
perlu lalui 6 hingga 8 semester [ kalau ade kantoi kne tambah lagi smeseter]
perlu belanjakan rm1K - rm 2.5K utk yuran setiap semester [ kalau ade kantoi kne tambah lagi bayarannya]
tu blom kira kos makan minum, asrama- asmara, wayang joget lambak.
buku, print dan printer,
nk kne servis format kompiter sb kne virus [harapkan antivirus, langsung xble diharap].
ade kalkulator kan, kira sendiri...mau makan 30-40 ribu... main riban2 beb
kos nak pergi kursus kawen, kursus programming...
zaman sekarang kos belajar lagi mahal dari kos hidup bekerja.
namun itu tak bermakna tiada yang percuma.
pendidikan percuma?... ade ke?...
ade saje...cume kenelah ade hubungan dengan alam maya
internet internet internet
jalur lebar ke, jalur hitam-merah ka
ada wayar tanpa wayar...
janji ade koneksi...
paling mudah check youtube lah...
wikipedia juga sgt berguna
sebagai permulaan untuk pahamkan sesuatu
nk lebih boleh rujuk buku teks...
p library, pinjam potostat jek...
xpon carila web yg ade bg sofkopi,
tapi nk kne pinar mata bila nak baca.
laman sesawang kegeramaran saya
ialah http://freevideolectures.com/
disini banyak video2 belajar secara online
tok guru bukan calang2 tau
orang yg memang ade kemahiran terhadap ilmu tersebut.
bagi free jek...
kalaulah diorang ni muslim,
mati nanti senang dah. banyak saham nak beli syurga.
so, ape pasal nak masuk universiti lagi?
kalau dah banyak course/subjek kat internet
belajar sendiri jela.
persoalan yg kembali balik kepada
kenapa nak masuk u? semata-mata nak dapat degree?master? phd?
berbalik pula kepada sebab utama kita, muslim,
kenapa perlu masuk universiti? sebab kita dididik supaya mencari ilmu
mencari ilmu dengan berguru. mencari ilmu, sampai tiba ajalmu.
human intervention. komunikasi, bersosial, berhubung dengan manusia.
sama-sama berkerjasama.
menuju janji ilahi.
adakah sama orang yg berilmu dgn org yg jahil lagi bodoh?
masuk universiti atas keikhlasan hati.
selagi kita nampak semut hitam tuh...selagi tu la tak ikhlas...
dan aku rasa aku masih nampak semut tu, dalam jantung jiwa pikiran minda aku sendiri
ya allah, berilah aku hikmah kebijaksaan
berilah aku ilmu, dan semoga jalanku sentiasa dipermudahkan.
ya allah, jika susah supaya disediakan jalan keluarnya.
jika salah, tiada lain, ku harap ku pohon,
hanya keampunan, kemaafan dan belas kasihan
darimu ar-rahman.