10 Feb 2012

01. 2 x 5 = 10

Sifir .

‘…dan akhirnya akan menyumbang kepada penambahan 
minat para pelajar terhadap kecantikan matematik. Melalui 
penceritaan mengenai sejarah matematik, para pelajar
juga dapat menghayati akan keperluan matematik dalam 
kehidupan sebenar. Sekian. Ada soalan?’ Adam mengakhiri sesi pembentangan projek tahun akhirnya. 

Terasa peluh jantannya menitis dicelahan telinga meniti terus ke dagu. ‘huuuuu’, 
seolah-olah hembusan agak lega setelah habis memberi penghujahan. 
Namun, tidak sampai lima saat, soalannya disahut dengan dengusan. 

‘Banyak soalan!!!’, bentak salah seorang dari pemeriksa. 
‘Bukan setakat banyak soalan saya nak tanya, bahkan banyak persoalan…
persoalan yg saya harap kamu dapat jawab!!!’, tambahnya lagi.

‘Saya tak mahu banyak soal, sebab saya dah habiskan 
banyak masa untuk baca karya puitis kamu ni.
Kamu ingat ni projek untuk menghayati sejarah 
matematik semata-mata? Kamu langsung tak buat soal selidik ke 
sekolah, ambik respon dari pelajar sendiri! Kamu ingat ni projek fakulti sains? 
Kamu seharusnya mengkaji berkenaan kepentingan pelajar, 
bukan bercerita mengenai sejarah.  
Sejarah bahan lama, berfungsi sekadar intro untuk setiap sesi P&P!. Faham?...

‘Projek kamu ni…,’ sambil mengangkat tesis yang setebal lebih seratus helai, ‘buang masa saja!’. 
Tak sampai sekelip mata, bahkan mata Adam tak berkelip pun, tika itu dia perhatikan tesis yang 
ditaipnya dilepaskan dari genggaman pemeriksa. Jika diingat sejarah, ada satu kisah dimana 
sebiji epal gugur dan jatuh menghempap kepala seorang saintis muda. Dan kerana peristiwa itu,
dia menjadi sangat ternama, menerusi teori gravity yang diilhamkan. 

Namun, kisah masyhur tersebut langsung tak terlintas di minda Adam ketika itu.
Kelepap!!!.
‘Tesis AKU!!!!!!!!!!!’, hati Adam meraung. 
Terasa seperti kaca yang telah retak, 
dihempas pula ke teratak, lalu pecah berselerak. 
Begitulah jantung hati Adam ketika ini. 
Matanya menjadi merah, sebab… 
terlalu marah… dan kecewa. 
Tapi jelas sekali, peratusan marahnya melebihi rasa kecewa, 
mendominasi jiwa mungkin sebanyak 80 peratus. 
‘Dekat dua semester aku buat…jahanam kau’, hatinya kini celaru. 
Akalnya seakan-akan memberitahu, mengusik, 
memetik nafsu amarah Adam ‘umpama debu tuju-tuju, jom kita meluru!’.

Ahh. ‘Aku tetap aku’. 
Rentak Adam terhenti disitu. 
Dia tidak melulu, bahkan tertunduk malu. 
Mana tidaknya, beberapa rakan rapat yang 
memberi sokongan moral sejam sebelumnya, 
dan salah seorang pensyarah kesayangannya. 
Mereka semua juga kecewa, bukan sebab pemeriksa tak bagi muka. 
‘Jelas, memang aku yang spoil, jelas, wajah mereka semua berbeza tapi…
ekspresinya… sama’, 
Adam menyedari akan hal itu. 
Wajah yang merah padam akibat marah bertukar kecewa, 
hadir pula rasa sedihnya.

Sesi tamat. Selesai sudah satu bala, namun jantung hati Adam?...Allah maha tahu.
Ramai yang faham sifat Adam.
Dia marah dia akan diam.
Dia sedih dia akan diam.
Dia tak suka, dia akan diam.
Dia kecewa dia akan diam.
Adam oh Adam.
Kami kenal akan kau, Adam.

Kesemua mereka bersurai. Adam juga bersurai. 
Satu kumpulan dalam satu kuliah berpecah kepada 
empat segmen ketika keluar bilik kuliah tempat 
pembentangan berlangsung seketika tadi. 
Dua orang pemeriksa kekiri. Sekumpulan pelajar ke kanan, 
diikuti sekumpulan lagi pelajar iaitu rakan-rakan Adam juga ke kanan. 
Dan akhir sekali, pensyarah kesukaan Adam, keluar. 
Mana arahnya tak pasti, tapi Adam tak mahu mengikuti mana-mana kumpulan tersebut. 
Dia perlukan ruang, ruang yang sepi. 
Hanya satu tujuan; untuk bersendiri.  

Sendiri.

[Lama da ak x nangis,
rasa mcm nk nangis.
Jom bro, lepak jap]

Send.

Adam menghantar sms ringkas kepada seorang rakan rapatnya yang tak dating sesi tadi. 
Adam sendiri mengerti memang kawannya itu bizi pagi-pagi sebegini. 
Dan mungkin kini masih bizi. Bizi apa? Bizi tido ler.

Dan tiba-tiba, Adam tersentak. 
Terperanjat akibat teguran pontianak. 
Terkejut umpama diserang perompak. 
‘Hoi wallaweh, hallamak berangan la pulak’, tegur Rafzi.
‘Baru aku tinggal sekejap ko dah berangan. 
Hah, ape macam? Boleh tolong setel tak?’, 
tanya Rafzi mengharap sesuatu yang positif.

‘La, senang je ni. Setakat set, subset senang je nak setel. Heheh’, 
pujuk Adam kepada Rafzi, sambil memujuk diri sendiri. 
‘Jahanam punya Profesor’, jiwanya masih lagi terluka, 
tak sudah-sudah lagi walau hamper tiga tahun lamanya. Rafzi mula curiga. 
‘Kau kenapa bro? hangit semacam je muka. Ala, mintak tolong sket jek, 
matematik yang ni da tak banyak kira-kira, ayat-ayat jek. 
Pembuktian la, apela, takkan membe kamceng baek punya merungut kot nak tolong’.

‘Takdelah, aku teringat time present tesis degree dulu. Macam haram aku kena bambu.’
“Ek ele, relax ah. Kne bambooooo rupanya. 
Ape aku boleh buat, cukuplah sekadar mengucap ‘padan muka”
‘ Hahaha, lawakkkklu…’
“Ala, kesah lame. Kalau ko setelkan assignment aku yang ni, 
aku setelkan mamat yang buat ko hangin tu. 
Ok? Setakat pancit tayar, ko nk aku ragut pon bole…kekeke”
‘Tak yah, aku da setelkan mamat tu da. Habis hitam legam kete die’
“Erk, dasat. Jahat lagi ko rupenye, ko simbah cat ke bakar kete?”
‘Tak jugak, aku usha panas je. Jeling-jeling dari jauh, kete die besau beb, 5series kaler itam’
“ damn lawak lu bro, tolong la aku cepat cis betolla”

Terkadang memori itu hadir tanpa direstu. 
Memori Adam akan hal itu terbangkit apabila 
sedang membantu Rafzi menyiapkan tugasannya. 
Subjek matematik bertajuk SET dan LOGIK.

‘…nombor negatif…mempunyai sejarah yang sangat mendalam, 
mendasar sehingga pelbagai tafsiran dan tanggapan,
salah faham dan ketidakselesaan akan penggunaannya 
dikalangan ahli matematik. Namun yang lebih memilukan 
operasi yang melibatkan nombor negatif menimbulkan 
kecelaruan dan kekeliruan kepada pelajar sekolah’, 
Adam bermonolog, mengungkap kembali sedikit rangkap 
sebahagian perenggan dari tesisnya.

‘Apa aku kesah pasal budak-budak sekolah? 
Dah diorang tak paham nombor negatif, 
dah tak paham matematik, biarkan jelah. 
Bukannya tak pandai matematik bermakna mereka tak boleh hidup’. 
Namun kali ini bukan bermonolong dalam hati, 
tapi terpacul dibibir Adam sendiri.

‘Kau dah kenapa bang? 
Angau ke? 
Budak sekolah mane yang kau ngurat ni?... 
jangan main-main, budak sekolah kalau lu sangkut, lu kantoi… sebat wo’, 
Rafzi agak pening mendengar rungutan Adam sebentar tadi.


 ---ber
......samb
......bung--- 


---------------------------------------------------------------------------------