kalau asrama sekolah, roomate kita ramai.
koman2 pon lapan orang.
pastu masuk blaja tinggi sket, dok kolej, dok hostel.
koman2 tahun pertama pasti ada rakan sebilik jua.
tapi kali ini lebih selesa. paling ramai pon berdua.
itulah roomate, kadang kita suka
kadang kita tak suka... kadang kita suka,
dia plak tak suka kita. vice versa pon ada.
kemudian, bila mana masok alam bekerja,
mulalah mengharungi kehidupan menyewa.
rakan serumah pula gelarannya. ataupun 'housemate'.
tapi aku duduk ngan ibubapa, takdelah menyewa, yeahuuu...
cuma ada antara kita yang memang takde
rakan seperjalanan. mungkin juga ada.
dua tiga empat dan lima, ataupun lebih dari itu pon ada.
dan rakan seperjalanan ini dinamakan 'travelmate'.
semalam, 5 september.
lebih 5 tahun, aku dan dia.
aku adalah aku dan dia adalah dia.
selama 5 tahun ini,
susah senang aku
dia pon rasa.
caci maki aku
aku sembur begitu banyak padanya.
dihari aku gembira,
kadang kala dia aku lupa.
dihari aku bersedih,
dia pula tak pernah alpa.
jasanya, tiada siapa yang dapat menandinginya
selain dari kedua ibu bapa juga.
jasanya amat banyak...
oh dan semalam, tragedi 5 september
travelmate aku... hilang nyawanya.
terhenti nadinya. ajal maut siapa sangka.
namun, aku sebenarnya telah menduga
kerna terzahir faktor2 kelihatan semakin
kurangnya daya dan upaya dia
untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama.
kita kalau dah selalu bersama2
samada manusia, harta, benda,
kita tahu resah gelisah tubuh empunya
kita tahu segala kisah dia,
disorok sakit itu, tetap ternampak kita akan deritanya.
agak sedih, walaupun lahirnya tanpa nyawa
matinya jua tidak bernyawa.dan aku sangat sedih.
kalaulah aku tahu, aku belai cium kau tiap waktu.
tapi itu tak perlu, sebab kau memang tahu.
aku dan kau, saling melengkapi hidup duniawi ini
saling berinteraksi untuk aku selamat di akhirat nanti.
aktiviti dosa aku engkau saksi, disana nanti engkau juga saksi
namun kuharapkan kesaksian yang baik darimu nanti
duhai rakan seperjalanku, duhai 'travelmate' ku.
dan sekarang, dengan juraian airmata,
aku dah tak mampu, untuk terus memuji dan mengampu
dirimu yang telah kaku, tetap kaku, dari dulu pon begitu
oh, travelmate ku.
kau mati, tapi tak pergi.
kau sepi, namun aku tak sunyi
salam syahid dan terima kasih
duhai travelmate ku sayang.
mari singkap sedikit kisah lalu
kami bersama berdua
sebelum hayatnya hilang selamanya.
huhuuhhuhuhuhu
01. ketika fajar menyinsing dari sebelah timur.
02. dan bila mentari tenggelam di ufuk barat
03. tatkala sama-sama kami berhibur
04. sambil bermenung/merenung masa depan
dan tertanya 'apa yang harus aku lakukan?'
05. no shoulder to cry on, kau menadahku sambil
mendendangkan ribuan kali 'lullaby'.
06. sedang kau kaku disitu, namun kau saksikan
setiap lagak gelagat setiap pembelajaran hidupku
07. dan bila mana, deretan megah buku-buku penuh ilmu
namun travelmateku, kutetap posisikan berkiblat kamu.
dan tanggal 5 september 2011, dimasa aku menginjakkan kaki
melangkah keperjalanan yang satu lagi, mengapa kali ini kau biarkan aku sendiri?
mengapa terdampar senyap sunyi, sungguhpun kau masih dikabelkan
dengan arus eletrik dan bateri?
selamat tinggal sayang...aku harus mencari pengganti.
yang pergi harus pergi, yang hidup terus meniti,
kemana hala tuju destinasiku, kau tetap ku ingati
syahidnya rakan seperjalananku... 'kejayaan itu' ku janji.
R.I.P dalam almari bilik.
jun 2006- sept 2011.
08.profil 'rakan seperjalanan' ku.
alahai, duit ade, gaji ade, beli yang baru sudah ler.
alahai, duit ade, bukan nak kedekut sangat der...
mungkin itu adalah penentu,
namun ianya sekadar 'sentimental value'.
lu ape tau... harga diri rakan seteru.
.............................................................................................. travelmate in memory...card.