22 Dis 2010

sisipan #8 : konTradiksi


kontradiksi - percanggahan, pertentangan dan ketidakkonsistenan

kontradiksi ; banyak peristiwa yg berlaku hari ini dipenuhi dgn kontradiksi, dan percanggahan dalam percakapan adalah paling merimaskan aku... sekeliling aku (termasuklah diri ini) kalau bercakap memang pom-pang pom-pang, mcm meriam (cume takde belerang)...tapi tak masuk akal ataupun bercanggah dengan perlakuaan nya... lame dah terbuku dihati, cume belum dibukukan secara buku je lagi ahakz

cerita 1: (cikgu)

pada suatu hari mak budak dtg sekolah komplen mcm mane cikgu kat skolah aja anak die berdoa? sbb anak die tak lepas2 PAFA ; doa iftitah pon xreti nak bace... cikgu salah sebab tak reti mengajar

pada suatu hari yg lain pula, tapi mak budak yang sama komplen kenapa cikgu rotan anak die hanya sebab kantoi tulis surat cinta... 'eh, eh anak aku, tau la aku nak aja die mcm mane'...cikgu lagi yg salah tu...


cerita 2: (dating)

aku kua dating, bukan ngan makwe pon...membe tp berdua je. aktiviti: p makan2, p MPH carik buku, pastu pi sopping beli baju... balik je aku cerita kat membe, aku lak kne hentam...tak elok kua berdua lelaki perempuan bukan muhrim, lebih elok ade peneman, mmbe lain ke, adik2 ke... even kat tempat awam...
ngan hati yg sayu aku pasrah dan terima nasehat beliau, walaupun sedikit hati terguris tapi die cakap bende btol...

tiba-tiba... tapi... yg aku agak rase nak marah...

selang beberapa minggu die plak kua dating... aktiviti die?... p tgk wayang, kes aku (berdua) - hina dimatanya
kes dia (berdua-duaan), alahai dlm wayang tow2 jela... pelik jugak aku kejap jadik mcm akhil khay, pom-pang2 lagi...

cerita 3: (hutang)

oh, PTPTN jahat, mintak hutang sampai gune mahkamah kuarkan waran tangkap... bank jahat, riba' melanda, rabak poket empunya... kerajaan jahat, naikkan harga...

xmo cerita lebey2lah pasal hutang, sebab aku pon bnyk hutang... ahaha...
bile org hutang aku, cepat jek nk suro mintak bayar balik
bile aku hutang PTPTpu, bile lak ak nk bayar nih... 
kontradiksi sungguh hidup aku nih, 
cakap memang senang, kasi bayar la itu hutang...

 cerita 4: (shopping)

shopping sakan sekarang, biaselah jualan mega melanda... 
shopping bkn calang-calang, sume item berjenama...
ade yang menyindir aku, da keje pon belila barang branded sket...
sayang sgt duit, bkn ble bawak mati pon...
tapi yang anehnya, bila bab makan msg2 cut cost jek aku tgk...
nasi ayam mahal 50sen dari biase mengamuk...
sendiri makan untuk sendiri punya perut pon berkire...
silap2 mengharap jek ade org offer nak belanje...
namun riak mukenye xdla seperti mengharap,
dan riak mukenye masih same riak sifat hatinya...

yeah...mengomel jugak aku akhirnya... kalo nk terase, teraselah yer...

ikut resmi padi, dituai; ikut resmi lalang, ditebang

hiduplah umpama anai-anai ataupun memilih haluan layang-layang



17 Dis 2010

::The joy of research::




When asked 

"why he spent so many hours in the lab?"

he noted that the alternatives were to go home, 

where he would do the same things that millions of others were doing, 

or to work in his lab, 

where he could discover things that no other human had ever discovered. 

The smile on his face told the story: for him, working on research was sheer joy.



( i really miss this kind of feeling... the joy...of doing research)
 source: http://www.cs.purdue.edu/homes/dec/essay.phd.html

9 Dis 2010

-- RetoriK Klasik--



aku fikir itu aneh, 
tiba-tiba ingin menghubungi kamu
lebih aneh ketika aku rasa inginkan kamu
apabila kamu langsung tidak tahu
aku berada disitu...

aku lihat kamu, disana
disini, kuintai dari jendela

 sepertinya banyak perkara ingin diperkatakan
namun tidak pula terluahkan

kadang-kadang aku berharap kita tidak pernah bertemu 
kerana kemudiannya aku boleh pergi tidur di malam hari 
tanpa mengetahui ada orang seperti kamu di luar sana
tanpa perlu mengintai dicelahan jendela

 sungguh menakjubkan bagaimana sekejap perbualan dapat mengubah sesebuah perhubungan
 dan tertanya-tanya kenapa tak mahu berbual lagi?...

dan kamu menjawab dalam lain bahasa;

"it's not that I don't want to, 
it's just that everything I want to say 
I can't tell you anymore"

dimensi ini, sangsi...
persoalan ini langsi...
aku mahu kamu?
kamu mahu aku?
perasaan atau perasan
mungkin hanya aku sendirian
I... I know...how its feel when i'm around u
I...dont know...what i feel when i'm around u
aku akan terus bicara akan pelbagai hal, 
tapi fikiranku tidak akan tahu apa yang aku katakan, 
aku tetap bertanya-tanya 
"apakah ada istilah untuk ini ???"

I get the best feeling in the world when you say hi to me, 
or even smile, 
because I know even if just for a second, 
I crossed your mind

ATTENTION TO ALL READERS...
I HAVE A CRUSH ON A GIRL

lalalalalalalala....no big deals...


[cinta yang paling menyakitkan ketika orang yang kau cintai tidak tahu apa yang pernah jadi]
[belajarlah dari kesilapan, mengapa harus sentiasa mahu silap]
[hanya perlu lafazkan, cakap....cakap...cakap....]
[takpelah, dia dunia dia...aku disini saja...]
[ketahuilah, aku mengintaimu dari jendela]

maaf jika terlebih dramatik...aku hanya seorang insan romantik...
ahahahak...(sila muntah) -- tiru ayat faizah --




3 Dis 2010

Graviti 'KAMI'


din: kat kampung kan, kawan aku kate 'kalau kita jalan jauuuuuuuuuuuuh
      sampai ujung dunia, kita boleh jatuh tau'
tookoo: hah?...sape aja ko macam tuh
             kau dengar sini eyh, dunia buuuulat....haaa, bulat!
             aku tunjuk ko yer....
..................................................................................>
dan diteruskan sehinggalah part berikut:


din: kalau kat sini ( pada kedudukan bertanda ???)
tookoo: ehmmm, mmmm...kita jatuh lah...

sedutan dari filem Kami ( bukan KAMI yer)... 
komentar: bagi kanak2 zaman kini subjek sains telah diajar sejak dari kecil, 
namun mungkin konsep 'grafiti' masih belum dikuasai/dipelajari/difahami...
bayangkan pada zaman sudirman nih, 1982...
bukan jawapannya yang menarik perhatian ku
namun persoalan yang ditimbulkan oleh din...
curiousity...semangat inkuiri..sifat ingin tahu seorang budak melayu
memang dasat la filem nih...tapi banyak kali tgk pon
dah besar2 baru tersedar...hihik

berbalik pada persoalan din tadi, kalau sekarang budak2 tanya kat cikgu,
cikgu jawab kita tak jatuh sebab...daya tarikan graviti.
budak2: tarikan graviti tu ape cikgu?
cikgu: tarikan graviti bumi tu satu tenaga yg menarik jasad kearahnya, mcm ni ha...


budak2: kalau macam tu,semua benda akan tertarik pada bumi la yer cikgu
cikgu: benar sama sekali..kita seperti melekat kat bumi, sebab tu kita tak jatuh
budak2: tapikan... kenapa asap terbebas naik ke atas?graviti tak tarik die kebumi ke?
cikgu: errr, sebab asap tu udara panas...udara panas ringan, dia naikla keatas

budak2: owh....kalau api lilin plak...api menyala pon menjulang kearah atas...
cikgu: api pon same lakonsep ngan udara...panas dan ringan (....@*#&*$...btol ke aku jwb nih)


budak2: tapikan cikgu... kalau udara panas naik keatas...
kenape kalau kita naik bukit/gunung kita rasa makin sejuk?
cikgu: errr...sebenarnya...ehmmm...ye takye jugakkan....


emm...saje jek reka citer...aku pon sbenany baru terbace...bace buku yang menguji minda...
ngan persoalan yang basic, yang berlaku setiap hari...
namun jarang2 aku sedari...langsung tak pernah amek peduli...


2 Dis 2010

road to happiness


1.[go to work];
no work, no salary
no salary, no money
and no jolly too...

2.[send ur kids to school];
husband & wife
kids and their granny
aims for a better life
gain lots of penny

3.[follow fashion]
updated and up-to-date
no matter how desperate
sales,sales,sales
always around the streets

4.[act - normal]
PTPTN and others debts
tend to forget
pretends to be happy
faking with such a smiley

5. [walk on the pavement]
sidewalks..."melepak di kaki lima"
see people...a lot of people
some in green, some wears purple...
and a new product... from Apple

6.[watch t.v]
basic and essential
a set of box and aerial
lots of channels...
unique in signal...
educates the dummy(s)
to become mummy(s)
and zombie(s)

7.[save for your old ages] ; 
EPF, socso, etc
patience for pension...
no stress, less tension

8.[obey the law]
and lawyer too...
some lawyer 
do kills people
 
LIFE'S NOT EASY....[scary]
phobia and CONSTANTS FEAR

repeat after me: i am free

23 Nov 2010

adamaina: [prolog]

prolog:

melangkah masuk pejabat
ade satu adat
perlu melangkah masuk dengan kaki kanan

petua orang tua untuk dapat berkat
mungkin berlandaskan ibadat
ku anggap ianya sebagai pesanan

Adam
seorang belia yang baru memulakan kerjaya...
mungkin lebih sesuai dikatakan memulakan semula kerjayanya

'a new fresh starts'

dari hirupan udara menyegarkan
memasuki ruang udara berhawa dingin
nan nyaman tapi tak berapa menyegarkan

pandangannya terarah kepada kubikel pejabat,
tiada apa yang berubah, yang dirasakan
masih seperti dua tahun lepas...
masih seperti mana yang dia tinggalkan dulu
sebuah ruang yang diberi nama 'pejabat'

" Ahh, semoga apa yang aku putuskan dua tahun lalu
  membuahkan hasil...,tapi macam sama jek " keluh Adam sendirian.

dan dalam langkahnya yang diselang-selikan
diantara tarian tango dan langkah kuda kepang
kelihatan amat sumbang
sempat juga Adam menjeling sekeliling,

jeng jeng jeng
dia terlihat kelibat seseorang...
riak wajah wanita itu persis....
NUR FATIHA, wanita yg dikenalinya
dua tahun lepas...ahh... memori silam

> err, assalamualaikum encik ?...
- assalamualaikum, eh eh, waalaikumsalam...saya Adam, orang baru nak lapor diri
> owh, en. Adam ye, sila ikut saya, saya nak tunjukkan tempat encik
- emm, okeh... saya akan turuti kemahuan saudari
> ish, ape cakap camtu... en. Adam tunggu skjp yer, saya panggil bos
- worait...err, sedari...nama sape yer?
> erk?...ops, sory lupa nk introduce diri
- sory naik lori la, hihik
> eleh, lawak kuno la...anyway, saya Siti Aina, just call me Aina..

AINA?...wow...
aku ADAM, dia AINA...
anak kitorg nanti agk2 nk bg name ape?...

"ehem ehem, you are Mr.Adam rite??!!!"

- damn, sape plak orang tua kutok nih, aku baru nk berangan, speaking kunun -


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kejadian apakah dua tahun lepas?
siapakah Nur Fatiha?...
perlukah ianya diungkitkan kembali kini?
dan si gadis Aina...?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

persoalan dan jawapan
seringkali dinantikan
dan setiap penantian
seringkali diiringi
sebuah penyiksaan

nantikan kisah Adam,
sijejaka tak berapa nak hensem
menyusuri denai
kerjaya, cinta dan kehidupan...

lagi dan lagi...
kembali, nanti...
ntah bila,
tak pasti
2011 maybe...


=)

14 Nov 2010

KaWan - KaWan Sekalian


pepatah melayu lama: berkawan bia beribu, berkasih biar satu
pepatah melayu moden: berkawan beribu-ribu, yang ikhlas mungkin satu

bahasa melayu itu indah
walaupun hanya meminjam 
dan menokok tambah
namun indah tetap indah

kawan itu boleh diungkap dengan perkataan lain
semahunya seperti sahabat, rakan, akrab, teman 
dan seterusnya...

pada usia sekitar 20 atau 21 rasenya
aku pertama kali terjumpa pesanan berikut:

Sabda Rasulullah s.a.w : 
“seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”. 

(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.)

aku cuba mendapatkan maksud yang tersirat daripada
beberapa orang yang aku rasa mereka adalah ahlinya
namun disebabkan aku terlalu ramai kawan
aku rasa tak selesa dan tak bersetuju mulanya...
namun ada kebenaran kata2 mereka itu...


aku berkawan tak tentu hala
tak tentu usia, tak kenal baik buruknya
lelaki perempuan lelawan
muda tua laki bini orang
nerd, taiko, samseng, tabligh, ustaz, 
ahli politik, ahli akademik, ahli musik

dan setelah beberapa tahun menyusuri
lembah dan denai hidup berkawan
memang banyak jenis kawan
tolong kawan, tipu kawan,
makan ngan kawan dan makan kawan
tapi aku mmg sayang sume kawan2
hee

“seseorang itu berada di atas agama kawannya”
mulanya aku ingatkan kalau kita baik, 
maka adalah disebabkan kawan kita
so kalau kita berlaku jahat, 
maka kesalahannya adalah pada kawan kita juga

namun ianya adalah sangat tak adil begitu, kenapa
pula kawan kita yang salah kalau kita jahat?...
dan kenapa pula kawan kita pula yang dapat nama jika kita berlaku baik?...

apa yang aku faham kini ialah...
emm, mahu diterangkan sebagai satu jalan cerita:

misalkan aku merasakan aku seorang yang baik 
dan berkawan dengan seorang yang buruk akhlak
dalam hatiku berniat untuk mengubahnya, 
mendidiknya kearah kebaikan
namun jika sekian lama sipolan yang buruk akhlak itu masih tidak berubah langsung
maka akulah yang telah berubah... 
bukan dia yang jadi baik, 
namun aku yang perlahan2 jadi buruk akhlak

begitu juga jika aku rasakan hidupku tragis dan tidak gembira, 
dan inginkan kegembiraan dengan menumpang
kepada kehidupan manusia lain yang lebih selesa...
jika sekian masanya aku masih tidak gembira dan masih merasa sengsara, 
secara tak langsung aku mempengaruhi kehidupan orang lain
yang gembira supaya jadi macam aku....mengundang sedih perih

so, “seseorang itu berada di atas agama kawannya”  
 bukanlah sekadar satu hala, 
malah melibatkan kedua2 pihak... 
dan tidak tertakluk pada urusan agama sahaja....
anyway agama itu adalah kehidupan...

untuk orang yang memilih untuk hidup beragama...

ape implikasinya?...
apakah natijah jika salah memilih kawan2?...
bukan sahaja sedih kecewa didunia, 
malah sesalan selamanya di akhirat sana...

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!".  ( al-furqan, 28)
 



ps: puisi kat bawah ni aku copy paste dari someone else, xtow sumber asal karya sape...

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita . 
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan 
Kerana dia juga seorang manusia; 
Dia juga ada rasa takut,ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. 
Dia juga ada kelamahan dan 
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan 
Jadilah kita kawannya itu. 

Kita selalu melihat dia ketawa, 
tetapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangka. 
Disebalik senyumannya itu, 
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik ketenangannya ,
mungkin tersimpan seribu kekalutan, 

Kita tidak tahu… 
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, 
Mungkin kita akan tahu


12 Nov 2010

Metamorfosis

duduk termangu disisi meja kayu
ku sisihkan lambakan kertas dan buku
bilik yang kelam dan serabut
umpama ketidak-tentu-haluan ombak dilaut

dan aku 
sedang memerhatikan kalender 2010,
banyak sudah aku lalui...
banyak yang aku peru perbaiki
pencegahan dan pengubatan
hati-diri-minda-sakti

mengimbau suka dan duka hidup duniawi
melakar agenda untuk esok hari dan hari seterusnya
memori-memori basi yang sebelumnya
masih jua menghantui...lagi dan lagi...

sebenarnya,
aku rindu nk menulis kembali...
emm, masa...
itu yg berharga
kadang tak ternilai, kadang tak bernilai
emm, masa...
aku takde masa atau tak cukup masa
atau aku tak pandai curi masa
















berbalik pada kerinduan tadi,
aku cuba mencari ilham
menyingkap tabir kenangan lampau
aku selongkar beberapa kotak
berlabel " barang2 usang yang haram dibuang"

mane tahu, masih ada rahasia aku
yang aku sendiri lupa,
bolehlah dikongsikan bersama
namun yg aku jumpa seluar rockers ntah sape punya
aku pakai aje, hee...

to be a rock and not to roll....
selain itu, aku juga jumpa beberapa surat cinta
ahakz... no komen, no komen
dan aku jumpa...
wah, banyaknya khazanah yang aku
lupakan, abaikan,
khazanah alam kehidupan
lewat remaja

emm...
dalam liku2 berduri
aku cuba menjalani hidup bersendiri
namun aku akui
aku tidak seorg diri
dan aku tak mahu keseorangan lagi....
adakah kalian menagih cerita sensasi
daripada blog ini?...

blog apa?...
lagi dan lagi laa....ahakz...

nantikan comeback
m.asyraf ada sesuatu
untuk anda....
tunggu....

dan title entry kali nih
metamorfosis,
aku sedang mengalamnya
dan kini telah keluar dari kepompongnya...
 hohoh, sedaya upaya
cuba mengadaptasi
dengan kehidupan
di alam pekerjaan...(aku masih tak suka kehidupan pekerja)

26 Okt 2010

L&L - 12 - InfInItI

...nnt ade org jatuh ati, awk xnk plak, da kecewakan ati org....

hurm...
ko ckp camtu yer...
meh sini aku nk cite sket
ape masalahnyer...

dan aku pon mulakan
sesi bicara utk persoalan
'killer question'
yg dipersoalkan itu...


> sebenarnya tahun ini adalah tahun paling kecewa penah saya rasa
- erk, yeke?...bkn tahun yg paling bnyk org awk kecewakan?
> nope, mgkn awk je kot yg terkecewa ngn saye
- ish2, saye je?...so sad so sad...
> hurm, denga la dlu saye nk explain sumthin...
- ok, saye mmg seorg pendengar setia, hee
> begini kisahnya...

erm, terlalu bnyk aku cerita
terlalu personal utk diberitahu semua
dan terlalu personal utk
tatapan publik pula...
namun itulah caranya
aku dan kamu berinteraksi
kini...
di alam cyber, semua mahu cerita
tanpa perlu dikenalpasti
akan pembaca pny identiti
dan x mustahil
nnt diteliti bos sendiri hahak...
agh...aku xpeduli
setakat nih...
aku cite pasal aku saje...


ringkasnya aku ceritakan semua
perkara tentang cinta
yg terjadi dalam tempoh setahun ini...
segenap permulaan siri 'lagi dan lagi'
owh, dah setahun ak meluahkan rasa hati
tanpa disedari...
owh, siri lagi dan lagi,
dikesempatan ini
aku nk ucap selamat hari jadi
tp tarikh post pertama pada januari...
alamak, nampaknyer bkn nk ucap
selamat hari jadi...
tapi...!!!

emm, simpan dulu seketika rasa itu,
ni aku nk smbg cerita dulu

tahun ni, sgt2 mengecewakan
jika diperhati dari sudut
perasaan dan soal hati...
mmg kegagalan besar...

awek pertama, bekas awek cuma
dah bertunang pula...
hurm, its ok...its alrite
aku juga ceria ianya sudah berpunya
dan tunggu masa langsung perkawinannya

bila dibercerita pasal
yang kedua...
igtkan nk break up seketika
tapi mungkin atas desakan semasa
faktor usia, bisikan keluarga
atau apa saja sebab & alasannya
dia kini sudah pon berumahtangga

alhamdullilah, aku juga tumpang gumbira
dan yg ini permulaan sebenarnya aku pny
cerita, bukan sebab mereka berdua aku kecewa
namun sebab dua org yg lainnya pula...

sorg nih, aku minat da lame dah..
pny la minat, bnyk kali aku ngorat
sampai skrg tak dapat2...
jual mahal?...
itu tanggapan awal...
tapi makin lama, usia makin tua
dan aku telah cukup dewasa
rupanya aku akui dia mmg
xde rase pape, so cane nk bercinta
kisah cinta tak kesampaian
bertepuk sebelah tangan,
tangan sebelah lagi
tepuk dahi sendiri...

dan sorg lagi...
ni yg paling hardcore...
punca cerita
ini tercipta
punca blog ni terlaksana...
dan punca segalanya tertunda
idop tunggang langgang,
tergongeng dek terkenang2...
superb punya kecewa...
aku punya usha die,
mulanya ade respon baik juga
dan kadang kala
semacam aje reaksinyer...

tapi takpe,
mula-mula
pelahan2 kasik kayuh
nnt lama2 pasti lenguh
damn!!!

dah makin lama
tepuk dahi juga...
mula2 dia kate nk amek masa
aku ikutkan saje
kemudian dia nk aku temankan dia
aku turutkan jua
seterunya...
perasaan dan hatinya
entah kenapa, berpaling pula
dia kate mcm x serasi,
mungkin tiada chemistry...
dan makin lama
makin menjauh diri,
hinggakan aku pula
sepertinya syok sendiri...
lalu ku pergi, tidaklah jauh manapon
masih boleh dicari,
namun aku pergi
utk bawa hati, jauh dari sisi
si dia, si radiograper...

dan sekejap jek,
berape bln ntahnyer...
dia muncul semula
tapi kini
bkn dia sorg2 saje
spt yg kutemuinya
namun, kini dia dah ade
seseorg yg bergelar pakwe
peh, fulamakatak...

aku seperti tertipu
dulu dikatakan
nk menyendiri
rupanya nk carik pakwe sendiri
ahahah...
tp xpe...
kini aku dah ble gelak tebahak2
hihik...

itulah antara intipati yg
aku cerita kat si awek baju oren nih...
mungkin aku terlalu jujur
dalam mengekspresi diri
menceritakan kisah cinta yg berputar belit
melilit, terhimpit, tersepit, terkepit...

ohohoho...
dan tanpa kusedari
airmata awek nih ble meleleh la plak
adus...
ni yang aku nyampah nih
bkn kali pertama dia wat camni...
dulu nanges pasal cite die
ni denga cite aku pon
nak nanges gak?...
lantaklah...

hurm...
rapuh sgt hati die nih...

> nape nanges lak nih?
- ntah...xpe2, abaikan
> abaikan?..amboi2...senang je ckp
- nape?..tgk tuh, knape awk pedulikan bile saye nanges?
> hah?...!!klo nanges sorok2 ok lagi, ni tmpt awam nih
  org tgk, saye lak disalah anggap nnt
- haha, sempat wat lawak yer,ok2, org da stop da nih
> lawak?...

lawak pale otak die, kang org ingat
aku ni mmg durjana...
kot yer pon idop berpura2,
tp jgnlah nk nampakkan sgt kan
spoil btol la minah nih...

tetttttttttttttttttt.............


dan inilah kali terakir aku jumpa
si baju oren nih...
ngam2 sebelum pose ari tuh...
dan ini adalah kisah terakhir
utk episod lagi dan lagi
aku sudah tak mampu nk karang
kisah sedih akan diri sendiri
dan ini bukanlah pengakhiran
utk semuanya...

cuma lepas nih, da takdelah
aku nk citer sesuatu seperti ini...
dan memang aku xble nk hasilkan
sesuatu seperti ini lagi...
iyekah...

hurm, sekarang
perlu tumpukan kerjaya dan career
eh eh eh...bkn same ke antara keduanya?
lantaklah...
siri 'lagi dan lagi'
sudah mencapai matlamatnya
objectivnya supaya awek2 yg terlibat
membaca cerita mereka,
dan kesemua mereka akhirnya
mengakui sudah membaca dari
awl cerita...haha, yg klakanye
ade jgk perasan aku ade tulis cerita psl
diri diorg yg x berkenaan...
so, ni kisah benarkah?...ade la sket,
0.12% benar, yg len palsu belaka
dan aku terus menipu utk peratusan ini
kih kih...


sekian...
tamat kisah 'lagi dan lagi'
terlalu personal utk dikongsi
utk kisah seterusnya
semua cerita ada hikmahnya,
dan pasti ada noktahnya...
lagi dan lagi...
semoga kau bersemi...
dalam hati...
kami semua...

tetttttttttttt

sekian, terima kasih kalian....

next story pastinya
cerita bosan
pasal komplen tentang kehidupan
yg duka lara nestapa....
ahaha...tidak2, tak smestinya...

pasti aku nk post entry
sesuatu yg telintas terus dari hati
seperti post sebelumnya...
let say together
lagi dan lagi buhbye forever...
no more cintan2 for atleast till
the end of this year...

let go 2010 without fear
juz focusing for your career
hee.... (^_^)

12 Okt 2010

L&L - 11 - SiLiNDeR



okeh, skrg time dessert...
owahhh...

sungguh spt desert
diluar td, skrg dingin huuuhhh...

>nah...eskem x sdp
-erk...?
> saye pny eskem sdp...
-hihik, die yg msok air
>cet, perasan rupeny die td
-hee

> so, ni dr td nk tny nih...
- nak tny pe, silakan...
> nape da makin cute?
- hey, ape la ckp cm2...jgn ckp sebarangan ngn pmpn yer
> sebarangan?...tny camtu pon kire ganguan seks ke?
- ish die nih...xdla smpi cm2
> dah tu, tp kdg2 klo org miang tny cm2 jgk hehe
- mmg pon...tu miang la tuh...
> ok2...ni nape pki tudung dah skrg?...
- nape ek?...hee, sbb nk berubah la
> peh... aritu, kemain lagi ngamuk...bla tros lak tu
- itu time tu, time otak serabut...

yela kan, pompuan ni emosi die semacm sket...
time tu die dtg nk ngadu, pkwe die curang,
kantoi plak tuh...da la tgh frust, nk ngadu
naseb kat org cam ak...mmg silaplah...
ak pon satu, bkn reti nk ujuk, lagi ak hentam die adela...
hihik,padan muka ko...sudahny ak jgk yg tanggung malu...
mst time tuh org igt ak gado ngn awek sndr,
mcm drama kat tivi....
gado kat tmpt awam, nk carik publisiti...

tp ak tak salah pon....
die yg salah...
tp org yg melihat
mst bekap awek tu pny...
klo ak pon, mst tuduh lelaki tu x guna...
so dlm kes nih aku la lelaki tak guna tu
hahak...

(kdg2 kutok diri sndr membawa kepada sumber inspirasi, so jgn la malu2 mencuba kutok diri sndr...nk lg bes, ajk mmbe yg mengenali)

> owh, yelakan...org frust menonggeng sy bntai ceramah plak
- tow pon...tp xpela, atleast ade btolny jgk...
> so,berubah sbb saye la nih...wah touchingny..
- perasan la lu brader...
> hahak, dah tu...
- emm, bosan la nk cite psl saye, asek ulang bnd same jek...
> ler,bile plak awk ulang?
- xdla,sy kan bru je bertudung, so rmi la mmbe yg bertanye...
> owh, yela2...kedekut pny awek...crite pon nk kedek heheh
- lantak awk ler labu...
> biarkan lah labu itu terjun dgn bidan terjun...
- da start perangai x senonoh dah...haha

hurmmm,
ak pny la beriye nk tow
tp psl betol ke sbb aku die berubah?
dasat jgk, ade aura nk jd pendakwah?
atau sekadar, sesaje berfesyen jek...
yelakan, tudung skrg mcm2 rupe, ragam dan warna...
tudung wardina,tudung waheeda, gaya bertudung yuna...
silap2 nnt kua plak tudung lady gaga
gyahahahaha...
tudung ala ahli politik pon ade gak, tertonjol jambol

ish, ape ak merepek nih
cube la positiv sket
org tu brubah jadi elok...
support la sket,
support moral je la...
nk support harta benda,
so sorry lah...
meh jadik awek aku dulu, bru dpt
banje coki-coki lima...
klo stakat berkawan biase,
dpt coki-coki
kuantitinya hanya dua
maksimum dua...hihik

-awk, jom cite psl awk lak...
> hah?...nape nk cite psl saye?...
- yela, asek cite psl saye jek...
> lar, okeh ape...slagi cite itu menarik minat saye
- hurmmm...tp xd timbal blik, x adillah awk tow bnyk bnd tentang saye...
> hurm, ye tak ye jgk...
- so, kite start psl awk lak keh
> okeh...kite wat ala2 sesi temu ramah k
- ek ele...ngade2...
> mmg! org ngade2 slalu berhati perkasa
- hah?...yeke?...
> acah mak enon, cik enon pon ade...
- hah?ape nih...
> pyh btol la org gune RAM low capacity nih
- oit2...itu saye phm yer...kuang asam...

aiyoyo....
slurpp dulu eskem nih...
even dlm aircond pon
kadar pencairannya agk cepat
pantas dan tuntas
tp kalau berlaku litar pintas
lagi la cepat eskem nih mencair kan...
sebab, klo litar pintas berlaku kt building nih
maka electricity akan terganggu...
dan aircond gagal berfungsi...
maka temperature rate cepat meningkat
ngn  mendadak...
dan kemudiannye.....
slurppppp
peh..
indah kabar dari rupa...
luaran kelihatan sgt sedap, bila dihirup
memang sedap pon....
sat lagi nk order lagi satu la kot...
slurpp....

herkkkk...
ehehkkkk....erkk....
tecekik plak,
seb bek x menyembur...
smbl menhirup eskem
melintas plak mamat
warga negara asing dihadapan
kekanda...
sebijik macam pendekar tandoripayat...
ngn misai dan perimeter perutnye
ngn ukur lilit pinggulny hahahaha....
bodoh pny warga aseng itu,
xnmpk ke ak tgh syok mam eskem
ade plak ko melintas dpn aku....
tp, makin berselera plak nk makan eskem nih

yum yum....

tettttt...

okeh, jom start sesi bual bicara kita...

- awk, awk mmg suke berkwan ek
> suke, lg2 ngn pompuan...hohoh
- ler, yeke...xdla..tp kan...
> tp ape?...sy insyaallah xwat x senonoh pny...
- ish, xdla...klo awk wat bukan2 pon, sng jek...p balai polis suro die bkk fesbuk awk...sng jek polis tu nak cam haha
> ceh, pekehal lak?...
- sbb abes sume yg awk wt awk bgtow...
> ala,setakat bgtow nk korek idung, nk p makan cekodok mne la pulis tu tow lokasi heheh...
- okeh2, suke sgt tuka chanel la die nih...

- emm, awk layan sume pompuan cmni ke?..
> camni? mksdnyer?... banje mkn?...eh, jgn slh phm yer sat lagi saye mintak claim tow...resit mne resit
- adoyai...org nk cite siyes nih
> ooo, nk siyes ek...jap2 amek feel wa muke siyes heheh
- klo ade btg penyapu, mmg da kne sula da awk nih
> wah, ganas gitu...okeh2...layan cane?
- saye rase la, awk ni kdg2 concern sgt...kdg2 caring sgt...
> herk...bia btol awk nih
- btol x?...
> mmg la xbtol dah awk nih, sy caring pekejadah, bnyk bnd nk pikir lagi hee
- sbb tu awl td saye bgtow jgn ckp sebarangan ngn pompuan...
> ape nih...cube cite secare jelas sket...kang ade yg ngamuk sbb xphm...
- pyh btol la bicare ngn mamat lower capacity nih!
> peh,yg tu mmg pedih...cet
- yela, awk lyn sy cmni, tny pasal saye smpi kdg2 hal2 personel pon saye cite...kan ke caring tuh...
> la, da sy tanya, wk jwb,then jwpn itu ble diterima kire okeh la...ape yg concernny?...
- awk ade syok kat saye x?....

dam dam dum....
bunyi mercun...
bunyi meriam katak...
bunyi siren polis...
bunyi van ambulans....
tolong2 beri laluan
ade pesakit jiwa sedang bergelora jiwanya
doktor saket jiwa, sila dtg segera....

nenonggg,nenonggg,nenonggg,nenonggg

tin tin!!!tin tin!!

nenonggg,nenonggg,nenonggg,nenonggg

tin tin!!!tin tin!!

> oit, gilo ke?...migrain ke? xbtol dah?
- jawabla, saket rahang da gelak2 dr td tow x!!!
> erk...peh soklan...superb...
- haha,sy pon xcaye sy tanye nih
> emm, klo yer awk nk banje saye ape?...
- klo jwpn nyer tak pon saye takkan banje pape...
> ceh..rugi la klo jwb camtu
- cepat lah...
> emm, xdla...kite kan kawan jek,lgpon awk tu awek org
- da tow awek org, nape kawan lagi
> ntah, sbb sy nk bekawan...erm...pkwe marah ek?
- ish, ape plak...org nk cite psl die nih...
> ape kne mengena ngn saye...
- yela, awk layan saye camni, sbg perempuan, klo ade lelaki yg caring sket jek time die tgh sedih, die senang nk jatuh ati....
> so?...
- so, sbb tu saye tny, awk ade syok kat saye x?...
> syok sket, xsampai tahap angau lagi....
- so, kire xdla nk syok sgt kan...klo camtu len kali jgn layan perempuan secara sebarangan sbb tu la...nnt ade org jatuh ati, awk xnk plak, da kecewakan ati org....


nenonggg,nenonggg,nenonggg,nenonggg

tin tin!!!tin tin!!

nenonggg,nenonggg,nenonggg,nenonggg

tin tin!!!tin tin!!

hurm, mne ambulan td nih, xsampai2....
aku igtkan die yg ptt kne angkut
msok emergensy room, rupeny aku yg
masuk wad psikiatris...sarkastik btolla die nih
ak wat pe smpi ko ckp camtuh...
x semua pon ak layan camtu kan...
tgk la, depend kt org tu jugak...
ish2, kne la jelaskan sejelas2 air dikali nih...

> owh...itu ke persoalannya...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

amek mase jgk nk smbg cite nih....
sebab bos penulis meminta agar
beliau segera wat kejenye...
sebab penulis kini suda memasuki alam baru...
alam yg diberi nama
ala sinar-bertali-arus-tanpa-kolestrol-dan-lemak-tepu


okeh boss, i'm kaming...
i luv you bebeh...

ps: cerita ini langsung tiada kaitan ngan itik jiran sebelah mahupun sepupu kepada kucing peliharaan ketua kampung...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






8 Okt 2010

L&L - 10 - Lutsinar Cahaya

selesai makan, basuh tangan
pinggan, tuan umah la setelkan...
emm, nk kemane la agakny
dia nk bwk ak sat lagi...
lantaklah, ikutkan aje...

ak pon bukanny familiar sgt
ngn jalan2 kat sini...
silap2 nk blik umah sat lagi
pon ak ble sesat...

nk bwk ank dara org kua,
kne jage leklok...
tp, ank dara die nih pon da besa
pandai2 la jage diri...
klo pape jadik, sape suro sng pecaye
org...lagi2 org mcm ak nih..
kui kui kui...

okeh makcik, pinjam ank seketika
utk berbual mesra, borak2
perkara lagha dan membuang masa
mungkin di shoping complex mane2
maybe mapley, warung atau kopitiam
di ibukota...saye pon xtow kemane
arah nak dituju...ikut saja die...

emm, sekali skale aku jeling
minah nih...
kurasekan seperti... erm,
bknlah perasaan itu
perasaan jatuh cinta tp...
seperti ade sesuatu yg menarik
yg istimewa mengenai si dia...
tp istimewa yg bagaimana,
aku sendiri pon belum pasti
buat masa ini...

- nk berborak sambil minum2 or nk jalan2?...
> em, carik port lepak la
- xtakut jadi cam dulu?...
> jadi dikala awk histeria sbb kne suro pakai tudung tuh?
- huh, jgn men2 ngn wanita haha...
> hee, jom la lepak2 minum2...jalan2 nnt keletihan
- okeh, nak kemane kite?...
> emm, jom saye bwk p rase mee kari yg menusuk hidung
- okeh,jom..saye ikot, awk banje...yeay
> aish, iyela...


aiyoyo, itu jela tmpt yg aku igt
tu pon cik radio yg bwk dlu,
mee kari menusuk hidung katenye
hee...try la lepak sane,
sambil2 berborak, sambil wat lawak
sambil tegelak, namun jgn sampai terbahak...
tp bru jek lepas makan xkan nk bwk pi makan lagi
makan mee kari lak tuh...
so, next time maybe...
akan ku bawa kau pergi
kesana dan kemari
tapi hari ini....
lepak di mcD jela yer...
hohoho....


----------------sepintas lalu no.1----------------------------


tetibe teringat kisah
cane aku mula2 jumpa die nih...
so, aku cerite dlu la
cane leh terberkenalan
ngan gadis ini...

kisahnya bermula
dengan keinginan diriku
yang membuak2
utk mendalami sistem operasi percuma
itupon sbb aku dpt info
dari rakan yg super-nerd-kacamata tebal 700 power
melalui facebook...
suro ak kesane, amek live CD ubuntu
versi 9.01...klo xsilap aku
aku pon xtow nape ade plak minat aku
nk stadi sket2 bendealah nih...
bknny reti sgt pon men komputer nih
ahh, lantaklah
lalu ku membawa diriku
ke konferensi itu
open source conference...
disebabkan organizer pon adalah mmbe2
so, dpt access mudah free of charge la jwbny
kronisme...kroni kroni kroni...
yeah...

disitulah pertama kali aku bertemu dengannya...
suratan atau kebetulan,
aku sgt2 tak pasti...dan dalam ketakpastian itu
aku rasa sgt2 menghargai
detik dan saat dan minit ketika itu...

ketika itu, konferensi berlangsung
di dalam sebuah bangunan yg gah, mewah
sarat dgn peralatan canggih, teknologi terkini
kawalan keselamatan yg diyakini
diberikan singkatan PICC

[putrajaya international convention centre]

disinilah kisahnya bermula,
mula merapuhkan jiwa dan raga
diakibatkan oleh sesuatu yg tak sengaja
perlakuan yg mengundang ntah duka ntah suka
ketika itu aku melalui satu bilik sidang,
dipenuhi dgn bbrp kelompok manusia
membentuk beberapa kumpulan,
bersama meraka beberapa komputer riba
pelbagai jenama, warna dan sistem operasinya...
amat menarik utk dilihat
dgn lebih dekat situasi sebegini...

dan ketika itu jugalah
mataku terpaku melihat kelibat
si dia, 'nuRul' disitu...
kerut didahi seperti
asyik memikirkan sesuatu
mencari penyelesaian
yg seakan2 membuntu...

aku dekati dia...
dan ku perhatikan apa yg dilakukannya
erk...coding, programing, symbol
formula...apekah ini?...
mmg aku xpaham ape yg die buat...
dan sesi bertegur sapa bermula
ringkas, cepat, tanpa onak duri
diawal perkenakan diri...

> ait, erm...tmpg tgk yer...
- erm???...tmpg tgk?...awk dr grup mane?
> grup?...eh xdla...sy stranger...jln2 saje hee
- jln2??!! ke nk skodeng progress grup kami?...
> progress?...eh, xdla, sy tak telibat ngn aktiviti korg nih
- owh really, so software ape yg grup awk gune...?
  kalo skodeng pon,maybe coding kite, programing kite xsame,
  so, xperlulah awk tgk lame2 kt lappy saye tu!!!
> hahaha, awk slh phm nih...sy juz jln2 sambil...
+ oit!!! menggatal lak ko kat sini, sini tmpt peserta la, jom     bla
> alah, jap la, aku suke lak tgk diorg beraktiviti nih...
- owh, organizer ker?...emm, xd progress lagi la, lgpon ade lbh   7jam lagi sblm tamat kan
> erkk...
+ dah2, awk teruskan....yang ko, jom bla, jgn men masuk jek   mne2   tmpt sesuke ati ko bro!!
> jap2...eh, awk, ble sy nk emel...mcm nk berkawan jek ngn awk
  (sambil tesengih cam kambing biri-biri)
- huh, mcm2 hal...

dan secara ganas dan gagahnya,
mmbe aku yg seakan2 jeles
menarik tanganku, membawa ku jauh dari si dia...
dan pandangan yg semakin menjauh...
semakin menghilang
akan kelibat sang puteri idaman...
iyolah tuh...
tapi projek die tadi, mmg menarik...
ble aku gunekan utk kepentingan diri sndr...

+ jap lagi ble carik balik awek tuh, ak ade sume data heheh
> alahai, dah tuh, nape nk bla cepat2
+ sebab tujuan ko kesini nk denga org berseminar
> ahh, aku bkn paham pon korg pny bahasa...
+ dah2, pantang nmpk awek ko nih...
> tp bkn pasal awek la, psl die....
+ psl die awek la tuh, dah jom2 masuk dewan besar

nak dipendekkan cerita, aku dapat sume yg aku perlukan
utk mengkontek sidia...tapi mcm biase la...
bile da ade sume tuh, segan lak nk start
berhubung....owh owh aku bingung...
segan tak segan...ni da ade no tipon da nih...
kol aje, wat appointment
sgalenye da ade dlm kpale
ape nk digorengnya hihik....

siaplah kamu
saya akan ngorat...
ring ring ringtone berbunyi....


----------------sepintas lalu no1 (tamat)---------------------------

kembali dialam realiti
tika pintu tertampal poster McD
dibuka
ahh....ape yg nk dibualkan yer nih
cam xd ape nk borak pula....

> emm, nk minum mkn ape?....
-amek jela pape, eskem ke, cendol ke hihik
>hee, muke lawa tp msok air
-what?...
-xdla, hee...okeh2 tgu sat aaa


dan aku terus ke counter
memesan dan meng'order'
sambil2 kujeling pada sidia
owh sigadis manis jelita
hahak...kontrol2, jgn nmpk sgt angau tu brader...

dan...din...don...

tadaaaa...

bersambung daaa

30 Sep 2010

L&L - 09 - Kalis Air




-Hey, berangan!!!
> ish, cube tego lek lok sket...siap bwk penyapu bagai! nk tnjk rajin la kunun tu...
> ....
> napenye tesengeh2 umpama munyet di lautan ombak?
- haha, bes wat org tekejut...ntah pape pny simpulan bahasa da
- nah sejadah, n wuduk meh sini kite tnjkkan
> ok. letak la penyapu tu, xd sape nk puji awk tu rajin
- ek ele, org nk letak kt dapur la..kite mmg rajin ape, tgk umah ni bersih dan kemas...
> hihik...baiklah baiklah...

wuduk
air sembahyang...
em, x seswai la sebut sembahyang
rasenye...sembah yang?
sembah yinyang ke hape?...
wuduk...
solat...
bahasa arab mmg spesel...
emmm...

wuduk...
ritual yg istimewa...
hukumnya sunat
tp bile nk solat
wajib berwuduk
xperlukan persoalan
xperlu dipersoalkan
sebab itu adalah arahan
pasti ada sebab
perlakuan ini difardukan...

---------------------------------------------

solat selesai
doa ringkas
segera bingkas
dan memerhati sekeliling...

ade suara...
merdu tidak jua
tp intipatinya
seakan2 arahan...

~ooo, cikgu....
mari ke dapur,
mkn dulu yer....~

alamak, skali mak die offer
dari tadi aku nanti
makan tengah hari...
rehearse sket doa makan
kang telupe plak skrip
naye lagi...
doa naik kenderaan lak ak bace nnt
hihik...

perlahan2 ak sidaikan
sejadah ke kerusi malas
cet, pemalas punya kerusi
dan
ku mulakan langkah
yg seakan-akan memberat
menuju ke perkarangan dapurnya...
mcm2 lauk ade,
tp tak semua
yg aku bule ratahnya...

namun mataku masih meliar
memandang sekeliling...
mane plak si baju oren nih...
td beria bwk penyapu
ilang plak...
ak bkn ape, tkut die
menyorok bwh meja...
time ak nk mkn nnt
die
muncul plak...
terperanjat lak aku lagi...
silap2 hinggap plak penerajang agung
ni nnt hihik....

-----------------------------------------------
- oit, berangan lagi die nih
> hah, muncul pon...berangan hapeny,org tgu die la nih
- tgu ape?...ooo, nk lunch da ek
> yela...
+ xpela, cikgu mkn la dulu, jgn dihirau ank dara sorg tu
> hee, xsyok la plak...makcik mkn same skali la
+ eh, xpela cikgu, makcik mkn nnt
> makcik, saye bkn cikgu la... name saye ialah
+ eh yeke, nurul kate awk ni cikgu...
> hee, xdla...memandai je die
- alah, samela tu, klo ngaja kan cikgu namenye
> em, cptla meh mkn sesame...xkn nk mkn sorg2
- jap la, mkn je dlu, suoro mkn pon susa ke?


emm, ni yg ak malas nih...
bkn aku yg susa disuruh makan
ko tu yg susah nk diajak makan
dan makcik td mcm pari2
dlm cite dongeng indon lak
ting! ilang...
mne tah kelibat org tua tuh...
ting! tetibe
berbunyi
suara org indon bercakap..
ooo, p tgk tv rupenye die


> kakak awk mne?...ajk la mkn skali
- em,die da kua dah tadi...
> la plak, phm2 je org dlm umah ni ek
- paham?...pham ape?
> yela, bg laluan la utk kite berbual mesra ngeh2
- prasan la...nmpk penyapu nih?
> eleh, tnjk garang kunun...
- jgn mngade2 ble x?...
> haa, kan da malu2 kucin,blushing2 hihik
- makan la cpt...adoyai
> yela2...
- haa, kan bgs begitu..patuh pada arahan

bnykla ko punye patuh...
yg aku amalkan, mkn bila lapar
berenti bile da kenyanyg sgt2
pastu carik port membongkang hahak...
tp, kali ni xdla lapar sgt...
tp org da sediakan makanan
makan jela
nk suro makan pon susa ke?...
aik, kutuk diri sndr ka?...
dan aku pun mulakan
dgn kalimah mulia...

bismillah, aummm
mamam....mamam....dan mamam lagi...

> emm, awk...nk tny sket
- eh eh, mkn jgn bercakap la...
> nape plak...klo tgh mengunyah yela xble bercakap
- mkn la dlu kasi abes
> aduh, mntg2 la umah die, kerek ek
- haha, mkn la dlu...pastu kate nk kua td...
> haa, nk kua ke?...
- kate nk borak2?...da xnk dah?
> orait...kan ku habiskan dgn gelojohnya makanan ini
- selekeh!!!

hatiku bagaikan bersorak
haaa...kan seperi yg aku agak
tempoh 10 saat yg sepi tadi
mmg ade komunikasi
antara aku dan dia
dua hati yg sedang berbicara
dalam bahasanya tersendiri
diam bkn bermakna aku tidak mengerti
ahaha...
hatiku bersorak lagi
dan lagi...

mamam....mamam...lagi...dan lagi...
lalalalalala
horey horey
hip hip horey
bergembira hahahaha....

ntah hape yg aku
gembirakan...
bru org ajk kua...
blom tentu berbual mesra...
lupakah
aku akan aku
lupakah aku akan dia
yg dulu
xdla dulu sgt...
tp kerna kecabulan
memberi nasehat
si dia menjauhkan diri

gelap seketika
dunia ku ini kurasakan ketika itu
tapi
aku tetap aku
dan apa yg ku lihat
dia sudah lain
insyaallah

kata hatiku
jgnlah kau menipu aku lagi
setelah selalu sgt
kau kalentong sama aku
sampai kapankah
aku harus dipermainkan lagi

alamak, masok plak slang indon nih
cet btol la cite sinetron kat tv
abes tepengaruh jalan crite
tipu nih hahak....

da brape episod da, nk dating punye la payah...
tp pepatah melayu...
berakit kehulu, berenang ketepian...
hihik...da ade rakit, pekejadah nk berenang
kne ngap ngn buaya ataupun piranha ataupun
araipaima mahupun talapia bru padan muka....



20 Sep 2010

L&L - 08 - Tahan Karat

ahad...
11pagi
dingin sudah pergi
hangat mentari
mula menghangati

dan tubuh kerdilku ini
sedang berdiri
dihadapan rumah
berpagar indah
kilauan keluli
stainless steel
menyinar
refleksi sinarnya
matahari...

em, ak sedang
menahan degupan jantung
separa normal
...
btol ke ni umahnye?..
ak bab mencari jalan nih mmg
lembab sket...

ape susa...kol aje sudah...

>...
-elo, assalamulaikum
>...elo, awk...saye syak saye da ade dpn umah awk ni
- eh, yeke?...nape xbgtow awl sket
>nk wt cane...riso sesat ntah kemane...cube awk tgk lua, btol ke saye dpn umah awk nih?
- jap ek...
>...
- aah la, btol la tuh...ape lagi msok la
>tinggi jgk pagar ni nk dipanjat kot...
- haha,yela kan...jap ye, saye bukak
> orait...

...ish ish...

sebak lak aku, mentang2 umah aku xde pagar
die nk eksen lak ngn aku
kang aku panjat bebetul kang...
baru padan muka...padan muka aku la sbb ne keja ngn
jiran2 die...
hihik, almaklumlah, muke penjahat skrg
ensem2 pon ade...

...ish ish...


relax2,
skrip kan da hafal...
lirik jgn lupa...
relax2,
tenangkan hati
luaskan jiwa
dan
permulaannya...

bagi salam dgn alunan
suara lunak merduku ini...
klo wat gaye ust eizi pon bes jugak nih...

assalaaaamualaikum!!!
ooo....tuan umah...

- hah, waalaikum salam, masuk2
> hee, ait...
- msok2, jgn malu2...
> ni nk wat mcm umah sndr ke mcm umah org len?
- wat mcm msok surau,so kne la jage adab ye x?...
> cet...hihik...

pesal lain?
nape x serupa?...
pesal mcm org lain?
bknkah ini org yg sama?
atau sudah bertukar
laksana otromen melawan
resakse alien baltan?...
kenapa apakah?....

-oit, nape tecegat lagi???
>lain...!
-ape yg lain? hee, cun x?
>cun, tp lain
-haha, da la msok dlu...
>knape lain?
-sama la, tp x serupa...manusia bole berubah
>tapi...ahh, msok dlu yer...

lain...die da lain
aku masih kuat ingatan
muka dia masih sama
baju mmg lah bkn baju oren sentiasa
tp ak kompom ingat rupa die...
cuma kini die dah xd rambut?...
botak ke?...skingurl?...
hahak...

die da berTUDUNG...
lawanye...
manisnye...
hihik...
nice...

- emm, dok dlu ye,nk amek air jap
> eh, ni sape je ade umah nih?
- mak ade, akak ade...
> ooo, tp mcmxd sesape jek...seram sejuk da nih
- haha, jgn nk ngade2 yer...
> la, ngade2 lak...sy xmo express
- ape yg express?
> sy klo ye pon, nk yg proper hihik
- ek ele org tua nih...menggatal...tgu sat, amek air
> teh tarik satu...milo ke...beslo ke
- sirap suda..
>iyola...

tua ko ckp aku?
ko je je yg lebih muda dari aku
yg juga masih muda nih...
hee...

emm, melintas juga mak die,
sekadar bertegur sape
bertanya nama dan asalku jua
xsampai 3minit
beredar semula mak die ke dapur...
mst nk masak something spesel utk aku
la tuh...
tetamu istimewa la katekan hihik...
emm, ok jgk sekejap jek
lame2 aku pon mati kutu
nk sembang ape nnt...

- okeh, nah...air sirap yg sedap
> emm, air sirap jgk die wat
- la, kan da kate tadi..
> yela2...

> eh eh, bergurau pulak die
- hee...teh 'o' panas..ok?
> ok sgt da nih, hee...
- emm, ni ha paper test 1 saye
> calculus...
- yup...
> emm, saye pon da lme xusik subjek nih
- la, yeke..ble aja x?...
> ble kot, insyaallah...basic je nih, tp..
- tapi nape?
> ni mark nurul da ok nih, xdla teruk kot...
- hee, mark tu ok,tp xphm ape la...
> ooo, ni kes meniru mmbe time exam la ni ye
- hey, sory sket yer!!!nurul wat latihan and
  coincidently same ngn soklan, sebijik...senang jela nk jwb
> ooo, even mcm xble caye, tp sy caye je la ek heheh
- eleh, xnk caye suda, bak balik paper tu!!!
> heee, jgnla mara2...meh daku scan dulu soklan2nye...

calculus...
asas yg merunsingkan
kdg2 membawa kemelaratan
emm,
bagaimana kan kumula
dan apakah kata2
yg indah utk
ku abadikan...
alamak, ni da nk nyanyi plak...
heee...

budak IT,
perlukan subjek calculus
relevensi apakah?
pasti ada sebab
yg mengarahkan
musabab ianya perlu
dipelajari...

> emm, nk spoon feeding atau nk blaja detail?
- wah, ble ke aja detail?
> em, xdla paham sgt pon,tp ble la explain sket2
- aja asal ble jwb exam jela hihik
> okeh...tp nape dak sains kom amek calculus ek?
- eh, tny kite lak...pttny kite tny die
> sudah, org tny die, die lak tny blik...
- ntahler...sy pon xtow...

lantaklah...aku ngaja ape yg
perlu dan diperlukan jek...
kang aku aja lebih2, smpi bile pon x abes...
student aja student....
mmg bagus...

sesekali aku jeling jgk die...

=cahaya dimatamu
 senyum dibibirmu
 mengukir 1000
 tanda pertanyaan=

=mungkinkah kau rasakan
 apa yg aku rasa
 atau kau tak endah=

emm, ikhlaskan hati
perbetulkan niat diri...
fokus ketika ini
hanyalah ilmu duniawi

nnt da setel, bru start
soal ini...
bicara hati..ke hati..
peh, iyola tuh...
dan dlm beberapa ketika
kedengaran bunyian
di penjuru dinding
ding...ding...
mmg apdan pon letak kat situ,
bunyi pon same
ding,ding di dinding
...

aish, da kol dua dah...
dua jam berlalu dgn mudahnya
tanpa kusedari
lewati jam yg pertama
syok mengajar dan belajar
menghayati kedua-duanya
paper dan tuannya
hihik

dan seperti yg ku jangka,
bukan setakat nk blajar saje
mst ade bnd lain disertakan bersama...
assigment...
10% yg amat beharga
bg pelajar
mahukan gred cantik
same jek mane2
pon

berusaha selagi boleh
berusaha ape yg boleh
berusaha asal boleh
macam mane pon
mesti nk kasik setel
itu asigment...

emm, xpela...
x macho la
klo x tlg awek
x kesa la awek org ke,
tlg mesti tlg
hha, mne pny falsafah da
aku ikot nih...

dalam senyum
dan tawa ini....
hatiku begitu
membuak2 dengan persoalan
berbagai perkara
menerjah minda
dari sepelusuk arah
sampai aku xpasti
adakah kurasa indah?gundah?

aku syak die pon tahu
ape yg aku nk tahu
dan ku berharap agar die bagitow
akan perkara yg aku xtau
tapi nk tau
...

> orait...setel sket dah
- sket? ape lg yg x setel?
> la, sekali je ke sesi tutoring nih?
- hee, nk wt lg ke?...depends la...
> depends? on what?...hurmmm
- performance kamu hee
> wah wah...ade pernilaian ke?
- xdla, saje gurau

....................................

9
8
7
6
5
4
3
2
1

....................................

sepuluh saat
berlalu dalam keadaan sepi
senyap sunyi
org cakap kalau tetibe begini
malaikat melintas...
ntah lah, ntah betul ntah tidak
tp seolah2
ade interaksi sesama aku dan dia
telepati....!!!
hahah...

> emm, pasni nk watpe?...ade prog?
- pasni?...xdkot, da nk hangus otak ni dah rasenye
> owh...nk rest dlu ek...
- nape?...ade nk ajk org kua ke? hee
> klo bule...nk ajk borak2
- kat umah ni x ble borak2?
> eyh, ok aje dimana2,asalkan boleh berbicara...
- heheh...kol 2 dah nih, da zuhur...nk solat dlu x?
> bule aje, solat dlu la...tmpg solat kt umah nurul la ek
- ok...tgu jap, amek sejadah..
> cun...

dan...
aku
dibuai khayal...
terlihat sbuah ukiran kayu
heart-shaped box...
khayalan terus membuai
terkenang peristiwa lama...
menyinggung perasaan...
emm...
dan aku
mula bermonolog...
haruskah aku terus begini
dalam mencari erti cinta...

dalam diam
ini
aku tetibe
rase
sesuatu
lumrah manusia
dikala sepi
aku dan sesuatu
sesuatu yg membeku
membekam menjadi batu
sesuatu yg digelar rindu

dan tiba-tiba
rindu seumpama batu itu
terhempas
berkecai terburai...
bak debu2 berterbangan
dipesisir pantai...
akibat perlakuan seeorg
yg memeranjatkan...

"HEY".... opocot mak ko masak nasi lomak...