Memaparkan catatan dengan label perjalanan ini.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjalanan ini.... Papar semua catatan

29 Mei 2013

'mari bersilatur-rahmi'


Assalamualaikum.

Laman sesawang ini 

seakannya bersawang.

Singgah untuk membersihkan habuk2 

yang bertebaran di'awan'an.

Humor yang sinis dan penuh sindiran,

Gurau kasar dan makan dalam...

terkadang biadap semasa bercakap

atau kurang sopan apa yang di'share'kan...

atau ayat kurang ajar di'taip'kan pada ruang 'what's on your mind'... 

kerna keladaknya minda apatah lagi jantung hati ini.

pagi ni aku insafi, 

dan ingin memohon maaf 
dan ingin semula bicara berbudi.

dan ingin kuhulur semula slogan 'mari bersilatur-rahmi'


Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, 
“Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, 
maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

hihihihiihihihihihihihihihi... 






By the way,layan dulu KJ: 'Eat Wind, Wash Eyes'.





28 Dis 2012

sahabat yang baik.



dalam usaha mula-mula nak jadi baik kononnya,
aku memulakan dengan mencuba untuk menghayati 
maksud setiap ayat-ayat dalam al-quran.

apa yang ada sebenarnya, 
yang boleh aku kutip untuk merawat
luka jiwa yang rapuh, kecewa dan sengsara
yang tak ketahuan puncanya...
yang pasti...aku pasti...aku sakit.

sehinggalah tiba masanya, takdir menentukan, 
melalui secebis ungkapan bahkan peringatan;

wahai celakanya aku!!!!
alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil
si dia menjadi sahabat karib. 

sesungguhnya dia telah menyesatkan aku
dari jalan peringatan setelah ia sampai kepadaku
dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia. 
(yang menjadikan dia sahabat karibnya). ***al-furqan, 28-29.

aku agak tersentak.
banyak memori lama menerjah balik ruang ingatan.
dulu aku pernah belajar disebuah sekolah aliran agama,
aku tak ingat akan namanya, yg penting aku ingat dia punya muka.

seorang ustaz biasa yg pernah mengajar aku sedikit ilmu
berhubung dengan syaitan...
syaitan itu adalah dari golongan jin dan manusia.
ya, manusia. 

betapa celakanya aku jika aku dah tau adanya manusia yg bergelar syaitan
dan aku dampinginya, aku bergaul mesra dengannya.
sehinggakan aku ambil jadi sahabat handai....
maka penyesalan menanti aku dikemudian hari nanti
hari yg memang penuh dgn pelbagai penyesalan....

jika segala kemurungan diri, 
ketidak-motivasian ini berpunca daripada
salah aku yg memilih kawan yg salah,
apakah yg benar, yg betul, yang tidak salah.
siapakah kawan yg baik...sahabat yg baik?...

'pada hari itu sahabat-sahabat karib: 
setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yg lain,
kecuali orang-orang yg persahabatannya berdasarkan taqwa'  ***Az-zukhruf, 67.

kecuali orang-orang yg persahabatannya berdasarkan taqwa????
taqwa....
kawan yg bagaimana yg bertaqwa....
zahirnya, literalnya, lidah dan riak wajahnya
bolehlah dianggap bertaqwa...
tapi kita insan, kita manusia

sedang aku sendiri bermuka-muka,
pesimis sungguh aku mengandai mereka berpura-pura.

husnud-dzon...sangka baik....susah.
aku jumpa ramai insan yg nifaq.
aku jumpa diri sendiri dalam keadaan nifaq.

berpura-pura, bermuka-muka. 
bertalam-talam. 
namun tetap lidahnya, lidah kita mengucap salam.

kawan.
aku perlukan kawan.
dalam aku ingin melupakan kawan.
dalam aku ingin meninggalkan kawan.
yg zahirnya sudah nampak syaitan.
pastilah akan ada ruang kekosongan
yg perlu diisi semula dengan kawan
kawan dengan malaikat?...
aku dah ada dua, 
kiri kanan menulis mencatit sahaja.
kawan tanpa kompromi.

salah satu kemanisan iman......

'kita sayangkan satu orang, dan kita tak sayangkan dia melainkan kerana Allah'
tidak kerana harta dia, rupa-parasnya, keturunannya.

namun kawan yg kita harap...
kerana dia, boleh menyebabkan kita dekat dengan Allah
kerana kita, boleh menyebabkan dia dekat dengan Allah.

dan orang itu yg paling penting untuk menjadi sahabat 
yg mana kita sayang dia kerana Allah: suami atau isteri kita. (DrMAZA - Mencari Sakinah)

subhanallah.
dalam misi pencarian ini
misi mencari sahabat sejati
banyak-banyak aku meminta
supaya dipertemukan dengan insan seperti ini.

alhamdulillah.
Allah hadirkan dia dalam situasi yg terduga
Allah beri kurnia dalam keadaan aku tak bersedia.

dan kini, 
aku sedari....
misi ini bukan telah berakhir
namun baru saja bermula

sahabatku-isteriku: orang yg sama.

sebelum ini aku pernah meminta
'how i wish my intelectual & actual soulmate is the same person'
dan lama aku tunggu, 
ada juga dua-tiga yang kutemu.
tapi Allah tak bagi
yg Allah hadirkan hanyalah kerunsingan 
keserabutan, keceliruan, 
keliru dan setiap perkara yg ingin diputuskan.

tapi bila urusan ini diserahkan kepada tuhan
dan tuhan itu maha mengetahui malah mengabulkan
maka terasa benarlah ungkapan
berdoalah, Allah terima. memintalah, maka Allah mustajab.

subhanallah
alhamdulillah
allahu akbar...

tiada tuhan melainkan engkau yya Allah
disegala kurniaan dan kebaikan yg engkau berikan
sesungguhnya aku insan yg fakir lagi memerlukan...

dan misi ini akan diteruskan
duhai isteri, bantulah suami
bantulah aku, suamimu,
dalam meniti perjalanan
untuk meraih 'kemanisan iman'.



p/s: saya sedang rindu isteri saya, harapnya dia pun sama. hihi. euwwww, gediks.



1 Ogo 2012

atok.


setiap kali berdepan ngan atok, mst ade sedikit berdebar.
ni bukan atok skadar atok.
bukan atok atas asbab pertalian darah, kepada bapa, kepada saya.
die ade pangkat atok (gelaran), namun die seorang atok (mempunyai cucu).
namun mungkin sebab die ade hubungan akademik ngn bapa aku
so aku pon anggaplah die ni sbg atok aku juga.
dan kini die masih memantau pergerakan aku...
(damn it,gimme my freedom back la atok)

atok. the man of protokol.
kalo ngn org lain mau dihalaunya.
tapi ngan aku, xdla die hamok x tentu pasal.
pasal ape...mostly pasal baju.
pasal penampilan.
pasal gaya dan cara berpakaian.
semua aku pakai semua tak kena pada matanya.

bile aku berkemeja lengan panjang dan berseluar slack
die nk aku pakai tie skali, (maybe skali ngn blazer bru die nk puas ati)
bile aku pakai baju melayu, selaur melayu.
die nk skali samping (klo boleh kain songket), pastu pakai songkok (ketayap x main aaa)
ape punya kolot...aku kata, sebab aku rasa aku tak kolot.

protokol
protokol
protokol...

follow the rule.

setiap kali die bagi nasehat
mmg pedas la.

pernah skali, aku agak rimas ketika itu
dan kami pun mula bertegang leher seketika
tidaklah aku bertali leher, namun bertali pinggang harus.

atok: asyraf, bila boleh kamu berpakaian sopan?
aku: em, saya rasa saya agak sopan ketika ini.
atok: ya, sopan jika kamu di majlis basuh pinggan.
         kamu orang yg ade pendidikan, boleh menulis dan membaca
         kamu orang yg boleh mengira. [mmg stail cakap die cenggini, bkn saje2 tulis]
aku: ok. ape kene mengena skill 3M yg sy ade dengan cara berpakaian.
atok: bukan setakat cara, namun etika berpakaian.
         agak2 bila kamu boleh belajar mula pakai 'smart'
         sebab kamu kan orangnya 'smart' pakaian harus juga 'smart'.
aku: hurm... mungkin saya tidak berpangkat, sy bukan org korporat
        pada mata org mgkn saya selekeh, tak 'smart'
        tapi kalau yg sy pakai itu menutup aurat, boleh dibawak solat...
atok: ya betul. tutup aurat, boleh dibawak bersolat.
         tgklah diri kamu. dgn pakaian yg selekeh kamu bawak ngadap tuhan
         sebab tu kamu tak rasa malu bila berjumpa manusia dgn pakaian selekeh.
         tapi bila kamu belajar pakai smart dpn org,
         sy percaya kamu pasti akan berpakaian lg smart ngadap tuhan.
         itulah dinamakan adab. ikut peraturan. setuju.
aku: tak berapa nak setuju tapi... mungkin betul.
atok: memang betul. cuma kamu perlu belajar. tu saje.          
aku: [ok, atok win. as always] [dalam hati je...]

....hopefully muka dan riak wajah tak menampakkan tak puas hati...
...keapa die mesti betul...selalu betul...memang betul...cume aku...

alamak, aku dah mula hilang prinsip dan jati diri.
jangan biarkan org tua itu mempengaruhi gaya penampilan aku.
yeah. selama ni aku hidup sebegini, elok je...
dunia berubah, manusia berubah.
dari beruk jadi ungka jadi manusia.

hurm...
tetibe nak ke tandas.
kalah arguement mmg tipikal
melarikan diri setelah terasa
'awkward'nyelah nk tgk muke die lagi.

dan
setiba
dalam
jamban.
tetibe ade cctv.
what the bell?!!!!

cctv?...
gile geli nak intai orang
dalam jamban
pekejadah.

buktinya.
ni ha...
aku snap gambo.







SCARY WOH....


17 Jul 2012

When i was a kid...


When i was a kid...
 i never know the definition
of happiness.

but i do remember how it feels like; always.
during those days,
i'm just a happy kid anyway. 


When i was a kid, i used to read comic 
instead of mathematics (^_^). 
ps: Every book is a children's book if the kid can read, 
thus if u have a kid, reading is really an important stuff.




When I was a kid I used to pray every night for a new bicycle. 
Then I realised that the Lord doesn't work that way
so I stole one and asked Him to forgive me. - emo phillips-


When I was a kid I used to play by myself.
and i always plays the hero, all the time. 


If u have no idea about the illustration,
definitely, u have no emotion. 



When I was a kid, 
I was always the kid who tried to get attention,
I'd do little unexpected performances.


When i was a kid...
Okay, well, I guess I'm still a kid.





6 Sep 2011

.syahidnya rakan seperjalanan.

dulu masa duduk asrama, kita ade rakan sebilik - roomate.
kalau asrama sekolah, roomate kita ramai.
koman2 pon lapan orang.
pastu masuk blaja tinggi sket, dok kolej, dok hostel.
koman2 tahun pertama pasti ada rakan sebilik jua.
tapi kali ini lebih selesa. paling ramai pon berdua.

itulah roomate, kadang kita suka
kadang kita tak suka... kadang kita suka,
dia plak tak suka kita. vice versa pon ada.

kemudian, bila mana masok alam bekerja,
mulalah mengharungi kehidupan menyewa.
rakan serumah pula gelarannya. ataupun 'housemate'.
tapi aku duduk ngan ibubapa, takdelah menyewa, yeahuuu...

cuma ada antara kita yang memang takde
rakan seperjalanan. mungkin juga ada.
dua tiga empat dan lima, ataupun lebih dari itu pon ada.
dan rakan seperjalanan ini dinamakan 'travelmate'.

semalam, 5 september.
lebih 5 tahun, aku dan dia.
aku adalah aku dan dia adalah dia.
selama 5 tahun ini,
susah senang aku
dia pon rasa.
caci maki aku
aku sembur begitu banyak padanya.
dihari aku gembira,
kadang kala dia aku lupa.
dihari aku bersedih,
dia pula tak pernah alpa.
jasanya, tiada siapa yang dapat menandinginya
selain dari kedua ibu bapa juga.
jasanya amat banyak...

oh dan semalam, tragedi 5 september
travelmate aku... hilang nyawanya.
terhenti nadinya. ajal maut siapa sangka.
namun, aku sebenarnya telah menduga
kerna terzahir faktor2 kelihatan semakin
kurangnya daya dan upaya dia
untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama.

kita kalau dah selalu bersama2
samada manusia, harta, benda,
kita tahu resah gelisah tubuh empunya
kita tahu segala kisah dia,
disorok sakit itu, tetap ternampak kita akan deritanya.

agak sedih, walaupun lahirnya tanpa nyawa
matinya jua tidak bernyawa.dan aku sangat sedih.

kalaulah aku tahu, aku belai cium kau tiap waktu.
tapi itu tak perlu, sebab kau memang tahu.
aku dan kau, saling melengkapi hidup duniawi ini
saling berinteraksi untuk aku selamat di akhirat nanti.
aktiviti dosa aku engkau saksi, disana nanti engkau juga saksi
namun kuharapkan kesaksian yang baik darimu nanti
duhai rakan seperjalanku, duhai 'travelmate' ku.
dan sekarang, dengan juraian airmata,
aku dah tak mampu, untuk terus memuji dan mengampu
dirimu yang telah kaku, tetap kaku, dari dulu pon begitu
oh, travelmate ku.
kau mati, tapi tak pergi.
kau sepi, namun aku tak sunyi
salam syahid dan terima kasih
duhai travelmate ku sayang.

mari singkap sedikit kisah lalu
kami bersama berdua
sebelum hayatnya hilang selamanya.
huhuuhhuhuhuhu

01. ketika fajar menyinsing dari sebelah timur.

02. dan bila mentari tenggelam di ufuk barat

03. tatkala sama-sama kami berhibur

04. sambil bermenung/merenung masa depan
dan tertanya 'apa yang harus aku lakukan?'

05. no shoulder to cry on, kau menadahku sambil
mendendangkan ribuan kali 'lullaby'. 

06. sedang kau kaku disitu, namun kau saksikan
setiap lagak gelagat setiap pembelajaran hidupku

07. dan bila mana, deretan megah buku-buku penuh ilmu
namun travelmateku, kutetap posisikan berkiblat kamu.

dan tanggal 5 september 2011, dimasa aku menginjakkan kaki
melangkah keperjalanan yang satu lagi, mengapa kali ini kau biarkan aku sendiri?
mengapa terdampar senyap sunyi, sungguhpun kau masih dikabelkan
dengan arus eletrik dan bateri? 
selamat tinggal sayang...aku harus mencari pengganti.
yang pergi harus pergi, yang hidup terus meniti, 
kemana hala tuju destinasiku, kau tetap ku ingati
syahidnya rakan seperjalananku... 'kejayaan itu' ku janji.

R.I.P dalam almari bilik.
jun 2006- sept 2011.

08.profil 'rakan seperjalanan' ku.


alahai, duit ade, gaji ade, beli yang baru sudah ler.
alahai, duit ade, bukan nak kedekut sangat der...
mungkin itu adalah penentu, 
namun ianya sekadar 'sentimental value'.
lu ape tau... harga diri rakan seteru.



.............................................................................................. travelmate in memory...card.


13 Ogo 2011

lambak

lambak
'lambak mu nih... '
slanga sebegini, kecek org kelantan
bukan ini yg aku maksudkan.

lambak,
pasar lambak
joget lambak
ptg2 musim skrg, mmg org sibuk
bersilaturahim menyedia bubur lambuk.

adeh, lambak bukan lambuk!!!
himpunan, timbunan


lambakan perkakasan, peralatan,
dan segala macam senjata2 rasmi dan tak rasmi

merekalah penemanku dikala sepi,sunyi
dikala manusia menjengah, menjenguk
haruk pikuk, kecabaran kehidupan
keperluan perkara duniawi,
memenuhi tuntutan kifayah diri.

aku banyak keje sebenarnya.
mane nak membaca,
nak kene menulis,nak mengira.
belajar dan mengajar.
tapi biasalah lumrah manusia,
makin banyak kerja
makin banyak la membuang masa.
sebab tu aku harus peka
kemana, dimana masa itu harus aku buangkan.
kepada lagha dan perbalahan???
kepada amal soleh dan agama punya tuntutan???


sejak bermula ramadan.
ini kali pertama aku singgah sini
blog sendiri. tepu!!!
dalam hampir dua minggu... tepu!!!
aku nyaris pitam dan pengsan. oh, itu tipu!!!
tapi perihal tepu tak tipu.
alhamdulillah, akhirnya keluar juga dari masalah
belenggu kerja yg nampak sepertinya sudah musnah.



kerja yang aku mulakan sejak april lalu,
bersama advisor, mentor, penyelia [bakal sebenarnya]
aku dan dia bersekutu, men'design' algoritma
untuk menyediakan keselamatan siber berdasarkan teori number.
banyak kekurangan, kemudian dibaiki
kureng lagi, ade lagi flaws, algo flop many times.
semua seakan tak menjadi,
terasa seperti convergence, limits.
aproaching zero? or infinity? mmg tak pasti.
macam2 terjadi. puasa2 pon rase nak marah je. sabar.
dlm entry sebelum ni pon masalah yg sama juga aku ngomelkan.
kat fesbuk lagi. lalalala.~







tapi, itulah suratan bukan kebetulan.
semuanya takdir tuhan, dialah tuhan,
tiada tuhan melainkan satu tuhan
tuhan yang satu, tuhanku.
dan akhirnya, sekurang-kurangnya
semalam, kami berbincang panjang
aku dan penyelia [bakal]...
alhamdulillah, dari saat kegopohan itu
dan semalam aku telah dikeluarkan dari belenggu itu.
siap design satu algo yang baru, tak berapa elegen
seperti yg dihipotesiskan, di'objektif'kan.
namun okla. setakat ini.

ALHAMDULILLAH,

"wahai tuhanku yg maha hidup, yg maha berdiri
dengan rahmatmu aku memohon pertolongan
perbaikilah urusanku keseluruhannya.
dan jangan engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri
walaupun sekadar sekelip mata."







23 Jul 2011

the three musketeer... la sangat.

seminggu lepas, minda terlalu tepu
dengan algoritma-algoritma tertentu.
perlu design yang baru selepas yang baru
masa suntuk untuk merepair apa yg perlu.

supervisor nk present sesuatu dikonferen
konferen yg bakal dihadiri di german.
nazi nazi nazi, bukan lagi nazi
baiki baiki baiki, ramai otai kripto akan hadiri.

'macam mane nih asrap?, skim kite masih tak complete nih...'
'jom ikut saye g German, tiket dlm rm400 je, sempat nk buat passport nih'
'pasal tmpt tido, lepak bilik aku je skali, makan sume siap dah'


-hallamak, ikut hati nak je aku beli tiket skali,
tapi nak wat cane, aku da ade temujanji-
aku da amek seminggu cuti. adoyai nye pon.

"takpelah Dr, nxt time lah, ade mane lagi?"
'bln 12 ni korea, ade brani?...ko jadik author la time tu'
"korea?...mane2lah, asalkan obersea hehe"

hurm, kempunan aku nk g german.
seminggu tuh, makan  minum & tmpt tgglda ade
modal rm400+rm300 cume. tiket & passport.
takpelah,janji harus ditepati.

sabtu, 16julai2011, 9.30pagi, aku gerak kampung bersendiri.
12pm, segamat, sampai umah atuk aku, takde org,senyap sunyi.
hallamak, mcm mane nih, tu la perangai nk dtg umah org tak bg tau.
dekat 2jam jugak aku tungggu, sudahnya aku merayau sekitar kampung.
jeng jeng jeng, merewang plak laki bini ni rupenye,
alhamdulillah aku jumpa. jam 4.30 aku jemput mereka berdua,
membe lame, lame pny membe, lame jgk xjumpa.
yusmawira (my musical soulmate), dan mustafa (intelectual secara general).



kami bertiga saje, dan aku ade ajak beberapa lagi membe
tapi biase lah diusia begini, bnyk lagi yg perlu difikirkan mereka
dari melayan aktiviti yg ingin dilaksanakan; panjat gunung!!!

aktiviti 1: sabtu
[planning, discussing]
'if u fail to plan, u plan to fail'
sesi rounded table bermula pada ptg hari.

sampai ke malam diskas tak habis2, 
sebab tak fokus. biaselah bila da lame tak jumpa
dari cerita biasa2, ke luar biasa.
MLM pon ade, perang monggol pon ade (tapau mmg begitu)
cerita kesufian dan tarikat (yus baru nk berjinak2)
dan aku sebagai pembangkang saje, 
ade je salah org aku nak cantas heheh.
dan larutlah malam itu sampai hampir subuh.

aktiviti 2, ahad pagi.
[sesi rehatkan minda & jiwa]
apekah aktiviti yg
paling sesuai utk tujuan ini???

bgn dalam kol 10 lebih, p beli brg2 keperluan 
utkberkamping pule. [aku sengsorg lak tuh, 
yg dua ekor lagi membuta].
tape tape...hati girang, hati riang, ape ade hal.
lepas zuhor baru la bertolak ke ledang,
dari hidup mewah kepada hidup kunun nak rasa susah
memang susah pon, belum ape2 da kne pau
tiket masok ngn sewa kemah ngn sewa tapak.
cesssss!!!!! kapitalis bak kate tapau.

aktiviti seterusnya:
camping, men unggun api
berbualbicara, hal hidup yg lara
yang tenang dan gembira
kemudian diselangi aktiviti 
mandi manda, minum kupi secawan dua
kdg2 teh-o bertukar selera.
panjat gunung, lalu denai
jumpa biawak besar buaya
selamat tak ketemu rimau hatta ular sawa.
huh, hari-hari yang indah.




22 Dis 2010

sisipan #8 : konTradiksi


kontradiksi - percanggahan, pertentangan dan ketidakkonsistenan

kontradiksi ; banyak peristiwa yg berlaku hari ini dipenuhi dgn kontradiksi, dan percanggahan dalam percakapan adalah paling merimaskan aku... sekeliling aku (termasuklah diri ini) kalau bercakap memang pom-pang pom-pang, mcm meriam (cume takde belerang)...tapi tak masuk akal ataupun bercanggah dengan perlakuaan nya... lame dah terbuku dihati, cume belum dibukukan secara buku je lagi ahakz

cerita 1: (cikgu)

pada suatu hari mak budak dtg sekolah komplen mcm mane cikgu kat skolah aja anak die berdoa? sbb anak die tak lepas2 PAFA ; doa iftitah pon xreti nak bace... cikgu salah sebab tak reti mengajar

pada suatu hari yg lain pula, tapi mak budak yang sama komplen kenapa cikgu rotan anak die hanya sebab kantoi tulis surat cinta... 'eh, eh anak aku, tau la aku nak aja die mcm mane'...cikgu lagi yg salah tu...


cerita 2: (dating)

aku kua dating, bukan ngan makwe pon...membe tp berdua je. aktiviti: p makan2, p MPH carik buku, pastu pi sopping beli baju... balik je aku cerita kat membe, aku lak kne hentam...tak elok kua berdua lelaki perempuan bukan muhrim, lebih elok ade peneman, mmbe lain ke, adik2 ke... even kat tempat awam...
ngan hati yg sayu aku pasrah dan terima nasehat beliau, walaupun sedikit hati terguris tapi die cakap bende btol...

tiba-tiba... tapi... yg aku agak rase nak marah...

selang beberapa minggu die plak kua dating... aktiviti die?... p tgk wayang, kes aku (berdua) - hina dimatanya
kes dia (berdua-duaan), alahai dlm wayang tow2 jela... pelik jugak aku kejap jadik mcm akhil khay, pom-pang2 lagi...

cerita 3: (hutang)

oh, PTPTN jahat, mintak hutang sampai gune mahkamah kuarkan waran tangkap... bank jahat, riba' melanda, rabak poket empunya... kerajaan jahat, naikkan harga...

xmo cerita lebey2lah pasal hutang, sebab aku pon bnyk hutang... ahaha...
bile org hutang aku, cepat jek nk suro mintak bayar balik
bile aku hutang PTPTpu, bile lak ak nk bayar nih... 
kontradiksi sungguh hidup aku nih, 
cakap memang senang, kasi bayar la itu hutang...

 cerita 4: (shopping)

shopping sakan sekarang, biaselah jualan mega melanda... 
shopping bkn calang-calang, sume item berjenama...
ade yang menyindir aku, da keje pon belila barang branded sket...
sayang sgt duit, bkn ble bawak mati pon...
tapi yang anehnya, bila bab makan msg2 cut cost jek aku tgk...
nasi ayam mahal 50sen dari biase mengamuk...
sendiri makan untuk sendiri punya perut pon berkire...
silap2 mengharap jek ade org offer nak belanje...
namun riak mukenye xdla seperti mengharap,
dan riak mukenye masih same riak sifat hatinya...

yeah...mengomel jugak aku akhirnya... kalo nk terase, teraselah yer...

ikut resmi padi, dituai; ikut resmi lalang, ditebang

hiduplah umpama anai-anai ataupun memilih haluan layang-layang



17 Dis 2010

::The joy of research::




When asked 

"why he spent so many hours in the lab?"

he noted that the alternatives were to go home, 

where he would do the same things that millions of others were doing, 

or to work in his lab, 

where he could discover things that no other human had ever discovered. 

The smile on his face told the story: for him, working on research was sheer joy.



( i really miss this kind of feeling... the joy...of doing research)
 source: http://www.cs.purdue.edu/homes/dec/essay.phd.html